Tahniah diucapkan kepada pempengaruh dan usahawan, Misya Mazlan yang difahamkan telah selamat melahirkan cahaya mata ketiganya pada Isnin.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kami Kena Ikut Giliran’ – Misya Mazlan
Tahniah!
Berita baik itu diumumkan sendiri kakak kepada Misya yang dikenali sebagai Nadia menerusi hantaran Instagram Story.
Ujar Nadia, sewaktu Misya menghantar dua anak kepadanya, adiknya itu tidak menunjukkan sebarang petanda untuk melahirkan.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahummabarik, rahsia Tuhan yang cukup indah.
Petang tadi (Misya) hantar anak-anaknya dalam pukul 4 lebih kepada Kak Ya. Muka ceria, tak ada tanda-tanda sakit nak bersalin.
Sampai ke klinik Misha maklumkan dekat kakak-kakak dia yang laluan bukaan dah buka 6 sentimeter (cm).
Masya-Allah cepat betul. Tanya dia ada rasa sakit tak? Jawabnya tak ada pula sakit, biasa saja.
Tak sabar nak tengok baby
Sehinggalah jam lapan malam, Nadia memaklumkan Misya sudah selamat melahirkan bayi perempuan dan berita itu dikongsikan menerusi aplikasi WhatsApp.
Kemudian kami berborak dalam group beradik macam biasa.
Dalam pukul 8 lebih macam itu kami diberitahu Misya dah selamat bersalin, ‘baby girl’.
Subhanallah, Allah berikan dia kekuatan luar dan dalam yang sangat hebat. Senang dan mudahnya kamu bersalin kerana Allah tarik nikmat sakit itu.
Di akhir perkongsian, Nadia meluahkan rasa teruja dan tidak sabar untuk melihat anak saudaranya itu nanti.
Sekadar info, kisah Misya dan Aslam mula diperkatakan pada September 2023 apabila anak kepada pasangan selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi itu didakwa telah menjadi orang ketiga sehingga menyebabkan mereka bercerai.
Bagaimanapun mereka kembali rujuk ketika masih dalam tempoh idah.
Untuk info, Aslam dan Misya mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Hud, 3, dan Nuh, 2 tahun.
Sumber: IG Story