berita

‘Sampai Mati Saya Takkan Perfect’ – Kontroversi Silam Diungkit, Ini Respon ‘Win’ Faizal Tahir

June 5th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Selepas PU Syed dan Da’i Wan memberi pendapat berkenaan Lathi Challenge yang memaparkan kreativiti solekan yang menyeramkan dan tarian mengikut lagu, giliran penyanyi tersohor Faizal Tahir pula memberi pendapat menerusi Twitternya. Dia turut tidak bersetuju dengan cabaran berkenaan dan memberi nasihat sebagai saudara Islam.

Walau bagaimanapun, seorang pengguna Twitter Faisal telah membalas kenyataan Faizal Tahir dengan memuat naik gambar Faizal Tahir yang pernah mencetuskan kontroversi dalam industri hiburan tanah air. Namun begitu, kenyataan balas Faizal yang dilihat tenang dan telah meraih sokongan peminatnya.

Fikir Nabi sebelum lakukan sesuatu

Pada mulanya, Faizal memberi nasihat kepada umat Islam agar sentiasa ingat terhadap Rasulullah SAW sebelum melakukan sesuatu perkara. Dia sedih melihat rata-rata umat Islam mudah terpengaruh dengan cabaran yang dilakukan oleh budaya luar.

Foto kontroversi

Selepas itu, pengguna Twitter Faisal dengan sengaja memuat naik kepingan gambar Faizal Tahir yang pernah mencetus kontroversi sewaktu dia sedang melakukan persembahan nyanyian. Foto tersebut dimuat naik bagi membalas kenyataan Faizal Tahir sebelum ini.

Tak mahu kesilapan lalu berulang

Walau bagaimanapun, Faizal Tahir dilihat tenang dengan membalas kenyataan pengguna Twitter itu dengan menyatakan agar semua orang terpelihara aibnya. Dia berdoa yang terbaik buat semua. Dia turut memohon maaf jika sebelum ini dia pernah membuka aib sesiapa. Tambahnya lagi, teguran mengenai cabaran itu diberi sebagai tanda peringatan agar orang lain tidak melakukan kesilapan seperti yang pernah dilakukannya sewaktu ketika dahulu.

Sampai ke mati saya takkan sempurna

Sumber: Faizal Tahir, Faisal

SKIP THIS AD ×