berita

“Sampai Sekarang Tak Makan Nasi”- Wanita Ini Berjaya Turunkan Sebanyak 72KG. Respect!

February 11th, 2016 | by Noraniza
Make-It-Senang

syahulla

Rakyat Malaysia dengan nasi memang tak dapat dipisahkan. Mana taknya, daripada kecil memang nenek moyang dah terapkan nasi sebagai makanan ruji kita kan?

Tapi, Syahilla Aziz membuktikan bahawa dia bukan sahaja boleh menguruskan badannya sebanyak 72 KG, malah sudah seakan-akan menjadi kebiasaanya untuk tidak menjamah nasi.

Well, sebenarnya terpulang kepada tekad diri sendiri. Kalau hangat-hangat tahi ayam memang tak menjadi lah ye!

Screen Shot 2016-02-11 at 11.22.01 AM

Saya dah 11 tahun tak sentuh mahupon makan nasi. Niat sama nak diet jugak. Tahun 2005, mulanya berhenti makan nasi. Time tu pergi Marie France, tak makan nasi, tak makan makanan berminyak (takde langsung mknn goreng goreng, air 6 litre at least sehari, takde choc/kek/sweets). Basically makan sayur, roti kosong dan ayam bakar tanpa garam. 6bulan macam tu berat saya turun dari 128kg kepada 70kg. Sy takde pon makan pil diet apa apa.

Lepas 6 bulan tu stop pergi Marie France, decide continue maintain sendiri je (letih gakla kan kalau tiap tiap bulan nak bayar beribu kt Marie France tu). Then sy continue diet sama, sy berjaya turun kan berat lagi sehingga paling rendah 56kg. Hewhew. Time tu mmg perasan kurus laa. Baju semua beli baru. Seluar dari size 44 tukar jadi size 28/29. Sedara and kwn jumpa semua tak kenal. LOL. Time tu Marie France siap offer nak letak iols kat billboard, flyers etc utk gambar sebelum dan selepas. Of course lah aku taknak. Malu kot semua org tgk. Klau cun macam erra fazira tu takpe gak… Hahahahaha…

After about setahun, start makan makanan biasa (tapi still tak makan nasi). Makanan ruji ialah sayur. Kalau g kedai tu terkejut akak kedai tu tgk saya makan sayur banyak gile. Diorang nak letak harga pon tak tahu sebab saya amek sayur semata (biasa paling mahal sy kene RM2.50 je). Menggunung dalam pinggan. Tapi sy suka. Tak makan nasi tak jadi masalah. Takde pon meleleh airliur tgk org makan nasi. Tapi kalau tgk org mkn kek/choc/ice cream tu mmg meleleh gaklaaaaa. Hahaha.

Lepas tu kahwin. Sambung belajar kt oversea. Berat pon naiklah sikit sikit. Sejuk kottt. Makanlah apa lagi nak buat kan. Lepas tu pregnant pulak. Bersalin. Ada anak. Naiklah berat tu balik. Tapi still okayla sebab takdelah naik sampai mcm dulu. Standard org ada anak lah (alasan je semua ni. Hihi)

Screen Shot 2016-02-11 at 11.22.16 AM

But till now, tak makan nasi.. So, sekarang tak makan nasi tu bukan sebab nak diet dah, dia dah jadi macam habit. Tgk nasi, takde perasaan. Dah jadi satu makanan yang ada dalam list makanan yang saya tak makan. Jadi, for those yg rasa susah nak diet sebab tak boleh makan nasi tu, kene kuatkan semangat. Boleh je uolssss. Semua terletak pada kemahuan dan keazaman kita je….

Oh ya. Satu lagi yg paling penting, kene ada sokongan padu dari keluarga dan kawan. Jangan pulak diorang yang dok cakap “Alaaaa. Makanlaa sikit jee. Atau… Hari ni je cheat day…”. For me no cheat day masa betol betol nak turunkan berat tu. Dulu Mama tiap tiap hari preparekan makanan yg berkhasiat utk iols. Takde minyak. Makan sayur tak tumis. Diaorang pon takdela makan makanan sedap sedap dpn kita ni sebab tahu kesian kita tgh struggle nak diet…

Takpe, niat dalam hati yang kita betol ikhlas nak diet. Mintak tuhan tetapkan hati kita. Dan ckp dengan diri sendiri ni pengorbanan kita utk few months je sampai dapat berat yang kita nak. Lepas tu boleh je makan bukan tak boleh makan langsung cuma kene pandai maintain dan beringat sendiri… Ingat yaaa, Sokongan keluarga dan kawan amat penting utk pastikan ianya berjaya!! Yoshhhhh…. Ganbatte!

SKIP THIS AD ×