Tabiat melatah selalunya akan berlaku dalam kalangan makcik-makcik. Sebarang tindakan dan perkataan yang dikeluarkan si melatah adalah tidak disengajakan. Kadang-kadang sampai mengundang lawak jenaka buat siapa saja yang memerhati telatah mereka.
Tabiat melatah juga boleh terjadi kepada lelaki juga. Seperti perkongsian video menganggu rakannya melatah dari Afham ini pasti mencuit hati. Jangan selalu kacau kawan tu, dik. Nanti boleh berjangkit.
Melatah teruk ni
ni baru tadi? pic.twitter.com/91H6FFpxLm
— handsome boy (@afham___) May 23, 2019
Versi ular ada, versi ulat beluncas pun ada
okey last, version ulat beluncas pic.twitter.com/Pr6EdUmWqR
— handsome boy (@afham___) May 23, 2019
Perkongsian video di laman Twitter ini telah mendapat lebih 7ribu Retweet dan rata-rata terhibur dengan melihat aksi remaja lelaki ini melatah. Ramai juga yang tidak sangka bahawa lelaki seusia muda ini juga boleh melatah.
Tetapi jangan kerap kacau kawan anda yang melatah tu tau. Sebabnya, orang tua-tua kata kalau selalu mengusik nanti boleh berjangkit.
Sumber: Afham