berita

‘Sampai Terbaring Di Kaki Lima’ – Sharifah Sakinah ‘Throwback’ Foto Ketika Bantu Balqis

January 16th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Sejak kebelakangan ini, nama Puteri Balqis sering menjadi bualan hangat netizen selepas kemunculannya dalam program realiti Bersamamu. Malah, beberapa rakan artis turut memberi respon selepas terpalit dengan derita yang dilalui pelakon cilik tersebut.

Ramai mempersoalkan mana pergi rakan-rakan artis yang lain saat pelakon cilik itu jatuh. Terbaru, Sharifah Sakinah berkongsi foto ketika mereka melakukan bazar kebajikan khas untuk membantu Puteri Balqis.

Sampai terbaring

Seronok masa ni jual barang @michaelang38 untuk kutipan derma @rockingbalqis . Sampai terbaring di kaki lima . Happinesses requires struggle .it grows from problem #samasamasusah ujian tu dtg dengan pelbagai cara . If you’re stuck on a problem, jangan jadi victim, jangan buang orang and be nice to people …DO SOMETHING , the answers will follow.

Menurut Sakinah, dia membuat kutipan derma untuk pelakon cilik itu dengan menjual barang preloved mereka. Tambahan dia turut berkias agar jangan rasa diri menjadi mangsa dan sentiasa berbuat baik dengan orang.

Perkongsian itu turut mendapat respon Nabila Huda sekali lagi yang sebelum ini pernah meluahkan rasa kesian apabila pelakon cilik itu bekerja.

Ramai orang tolong

Menurut Nabila Huda, mereka sanggup berpanas berhujan untuk mengutip derma bantuan bagi pihak Puteri Balqis. Dakwaan rakan artis tidak membantu oleh sesetengah netizen adalah tidak berasas sama sekali.

Sumber : sharifah_sakinah