berita

‘Sampai Tokong Cina Pun Tak Boleh Bertahan Dengan Covid & PKP Ni’ – Michael Ang

June 27th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pandemik COVID-19 telah menyebabkan ramai individu terjejas. Mana taknya, ada yang dibuang kerja, ada yang bekerja dari rumah dan ada yang ‘direhatkan’ sementara waktu sehingga tempoh tertentu. Keadaan tersebut sudah pasti menyebabkan golongan berkenaan tertekan.

Di Instagram, Michael Ang berkongsi satu foto mengenai sebuah tokong cina yang dipercayai akan dijual berikutan pandemik yang sedang berlaku ini.

Keadaan memang parah

Salam semua. Just have to post this. Ini kat Melaka! Brother I mesej i with this gambar tanya sama ada kita nak beli tak for investment. Tapi I cannot stop laughing sampai menangis. Sampai tokong cina pun tak boleh bertahan dah dengan Covid dan Mco ni. Untuk anda yang tak tahu tokong cina survive dengan duit hasil jualan kertas dan colok yang orang pergi ke tokong tu untuk sembahyang.

Menurut Michael Ang, dia telah menerima satu kiriman mesej daripada abangnya berhubung sebuah tokong Cina yang bakal dijual di Melaka. Tambah pengarah dan pelakon tersebut, tempat beribadat seperti tokong ini tidak mampu bertahan dek kerana pandemik yang melanda dunia. Jelas Michael Ang lagi, sebuah tokong mampu bertahan sekiranya mereka mempunyai hasil jualan kertas dan colok.

Okay ini adalah satu petunjuk yang keadaan memang parah! Sabar la semua ya! Luv u all n be safe! By the way perkataan poopi poopi tu bermaksud berdoa la.

Semoga semuanya kembali pulih

Di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut melihat perkongsian Michael Ang dan berharap keadaan akan kembali pulih semula. Terdahulu, Michael Ang telah memberi RM500 kepada sepuluh orang yang bertuah dan melaksanakan  ‘self lockdown’ ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Sumber: Michael Ang

SKIP THIS AD ×