Bila bercakap mengenai topik amalan bersedekah, rakyat Malaysia antara golongan yang suka memberi. Korang lihat saja program yang dilakukan oleh badan bukan kerajaan (NGO) untuk membantu mereka di jalanan mahupun membantu keluarga miskin. Pasti ada saja yang sudi menghulurkan bantuan.
Namun begitu, ada juga segelintir manusia memberikan sedekah dengan cara yang kurang baik. Menerusi Facebook sebuah pusat tahfiz, seorang individu telah menghantar selonggok makanan yang dibungkus menggunakan plastik sampah bewarna hitam kepada anak-anak tahfiz dan ahli jemaah surau untuk menjamu selera. Tindakan individu tersebut, ternyata mengundang kemarahan netizen apabila menggunakan plastik hitam sebagai bekas letak makanan.
Perlu dapat kebenaran pihak pengurusan
Menurut pengurus pusat tahfiz berkenaan, sesiapa yang ingin menyumbangkan makanan kepada pelajar tahfiz mahupun ahli jemaah surau, mereka haruslah menghubungi dan memaklumkan kepada pihak pengurusan terlebih dahulu. Penghantaran makanan hendaklah dilakukan selepas mendapat kebenaran pihak pengurusan. Manakala, makanan tersbeut haruslah berada dalam keadaan yang baik dan bukan di dalam plastik sampah.
Sikap mesti macam sampah
Rata-rata netizen menganggap sikap individu tersebut sangat biadap kerana meletakkan makanan ke dalam plastik tong sampah. Tambah netizen, penggunaan plastik sampah, tidak baik untuk kesihatan manusia kerana mempunyai bahan kimia. Jika individu tersebut ikhlas, sudah pasti bekas makanan mahupun plastik yang menjadi kebiasaan akan digunakan.
Plastik hitam mengandungi bahan kimia
Menerusi laporan Free Malaysia Today, seorang doktor yang dikenali sebagai Dr. Rosli Abdul Jalil, berkongsi penulisannya mengenai bahayanya menggunakan plastik hitam untuk membungkus makanan terutama daging. Menurutnya, kajian di USA mendapati plastik bewarna hitam merupakan plastik kitar semula (recycled plastic) yang mengandungi bahan kimia bromine dan plumbum.
Bahan kimia yang terkandung mampu menyebabkan penyakit kanser, terbantutnya proses perkembangan anak-anak (developmental disorder), masalah reproduksi dan perubahan hormon thyroid dalam badan. Oleh itu, plastik tersebut tidak sesuai untuk membungkus makanan.