berita

‘Sampainya Hati Mu Anak’ – 10 Tahun Tunggu Kerusi Roda Elektrik, Namun..

September 30th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Semua sedia maklum, Uncle Kuan atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang memang dikenali dengan sifat pemurahnya. Baru-baru ini dia membantu seorang OKU yang bernama Daud dengan memberi sumbangan kereta roda elektrik.

Namun selepas 2 bulan, dia mendapati kereta tersebut sudah dijual di kedai barangan terpakai. Apabila disiasat rupa-rupanya anak perempuan dan kekasihnya sendiri yang mencuri dari ayah OKU. Sedihnya.

Kerusi dicuri anak sendiri

Wajah gembira bertukar sedih kerana angkara orang yang di sayangi beliau. Aku nak tahu kebenaran mengapa kau sanggup tak buat report polis. Aku sedih bila kau di buli Daud kerana kau tak mampu bersuara. Sedihnya pagi ini, biar lah aku tuntut keadilan untuk mu Daud.

Semalam Uncle Kentang memuat naik status tidak berpuas hati dengan anak perempuan Daud yang sanggup mencuri roda elektrik ayahnya sendiri. Daud menunggu 10 tahun untuk mendapatkan kerusi roda elektrik namun musnah tidak sampai dua bulan apabila anaknya sanggup menjual di kedai barangan terpakai. Perkongsian itu undang kemarahan netizen dan tak kurang yang cuba menjejaki anaknya.

Tak sanggup buat laporan polis


Mengapa aku tak buat laporan polis? Aku juga seorang ayah, aku mengerti. Mana ada ayah nak burukkan anak… kalau tak sahih anak buat salah. Daud berpesan dalam bisikan, anak aku seorang aja. Aku faham maksud beliau, kasih sayang bapa kepada anak.

Tak pernah luntur, saya kalau nak cekup anak Daud cukup mudah tapi ayat ayah dia saya faham buat saya hiba terkenang arwah ayah saya sendiri. Aku pesan dengan Daud, tiada orang boleh buli kau dari hari ini. Kerana aku takkan biarkan sesiapa berbuat demikian. Aku bukan hero tapi aku ada cara aku berbuat demikian.

Menurut Uncle Kentang, dia dapat banyak info mengenai kekasih anak Daud namun dia memikirkan perasaan Daud yang tidak mahu anaknya dihukum. Tambahnya lagi dia juga seorang ayah dan faham bagaimana perasaan kasih sayang tersebut.

Dah tebus di Cash Converter

Aku menangis semalam kerana kasih sayang abah kepada anak. Tapi anak entahlah, semoga Daud di beri ketabahan diri dalam ujian ini. Tak mengapa apa salah ayah pun. Kalau ada tapi curi dan jual kerusi roda ayah dan buat cerita dongeng di kedai Cash Converter adalah satu penderhakaan yang sungguh tidak boleh di maafkan.

Aku tak tahu nak kata apa. Hanya air mata mengiringi Daud. Semoga beliau banyak sabar dengan anak sendiri. Begitu selesa Daud mengendalikan kerusi roda eletrik tersebut. Satu petang yang hiba di Melaka, kami bergegas ke Melaka setelah dapat kesan di mana Daud berada. Selepas tebus kerusi roda tersebut.

Walau bagaimanapun, kerusi roda elektrik itu sudah berjaya ditebus dengan harga RM1500. Uncle Kentang juga berterima kasih atas info yang diterima serta sumbangan orang ramai.

Sumber : Kuan Chee Heng

SKIP THIS AD ×