berita

Samseng Belasah Lelaki Akhirnya Ditahan, Ada 16 Kes Jenayah Lampau

July 27th, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Penunggang motosikal yang dirakam membelasah seorang lelaki di Api-Api Centre berjaya ditahan polis semalam. Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji, penahanan suspek dilakukan selepas pihak polis menerima laporan daripada mangsa kejadian.

Artikel berkaitan : [VIDEO] Samseng Jalan Raya Belasah Lelaki Gara-Gara Bunyi Hon, Isteri Luah Geram!

Video viral di media sosial semalam memaparkan seorang lelaki dibelasah didakwa kerana tidak berpuas hati dibunyikan hon.

Suspek ditahan bersama barangan

Suspek ditahan bersama pakaian dan barangan yang dibawa ketika kejadian itu berlaku. Polis turut merampas motosikal yang digunakan dalam kejadian berkenaan

Memetik laporan Berita Sabah, suspek yang merupakan seorang ejen tarik kereta ditahan selepas sepasukan polis melakukan serbuan di kawasan rumahnya di Taman Sempelang tepat pada pukul 11.30 malam.

Suspek juga telah ditahan bersama pakaian dan barangan yang dibawa ketika kejadian serta motosikal yang digunakan dalam kejadian itu. Melalui siasatan awal, Habibi berkata suspek yang dikenali sebagai Lunchai itu mempunyai 16 kes jenayah lampau.

Mangsa cedera di kepala

Menurut Habibi lagi, akibat dipukul, mangsa telah mengalami beberapa kecederaan di kepala dan badan, juga Lunchai mempunyai rekod jenayah yang membabitkan dadah, curi dan mendatangkan kecederaan. Kes ini juga disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan pada orang lain.

Sumber : Berita Sabah , Borneo Today

SKIP THIS AD ×