berita

Samsung Galaxy S23 FE Makin Mantap & Lebih On Point? Yang Penting Harga Ekonomi Beb!

December 22nd, 2023 | by Syamirul
Kini Trending

Wehhh…Biar betul Samsung ada keluarkan Galaxy Fans Edition (FE) untuk semua peminat sejati Galaxy?

Galaxy S23 FE merupakan sebuah peranti yang telah dinaik taraf dan paling penting harga rahmah beb!

Jom min kongsikan sebab-sebab kenapa korang kena dapatkan Galaxy S23 FE hari ini jugak!

Reka bentuk yang lebih minimalis!

Siapa setuju kalau min cakap yang orang sekarang ni, lebih memilih reka bentuk telefon pintar yang lebih minimalis dan selesa untuk dipegang?

Kita semua tahu yang Samsung memang terkenal dengan reka bentuknya yang simple untuk memberikan keselesaan kepada penggunanya untuk penggunaan yang lebih lama.

Galaxy S23 FE juga didatangkan dengan 4 pilihan warna-warna yang trendy iaitu Graphite, Mint, Purple dan Cream tau.

Bukan setakat tu je, skrin bahagian depan dan belakang peranti ini diperbuat daripada Corning Gorilla Glass 5 yang bertujuan untuk melindungi tubuh peranti agar lebih tahan lama, serta bahagian tepi yang diperbuat daripada aluminium bagi menambahkan lagi ciri premium pada peranti ini.

Pssstttt….Min dengar Galaxy S23 FE di lengkapi dengan fungsi IP68, yang bermaksud telefon pintar ini water dan dust resistant tau. Sesuai sangat untuk pergi travel ni!

Kualiti kamera yang lebih ‘On Point‘!

Suka berselfie? Suka record video? Nak jadi content creator? Samsung Galaxy S23 FE memang sesuai sangat untuk korang. Nak tahu sebab apa?

Galaxy S23 FE ni didatangkan dengan 3 kamera utama iaitu kamera sudut lebar 50MP, lensa ultra sudut lebar 12MP dan 8MP untuk telefoto.

Percaya lah cakap min, gambar-gamabr korang mesti nampak real tau, silap-silap orang ingat korang upah photographer untuk shoot gambar korang tu. Hehehe!

Tak cukup dengan tu, Galaxy S23 FE juga menawarkan sehingga 3x optical zoom dan mempunyai mode kamera seperti nightography, pro photo, pro video dan macam-macam lagi lah.

Korang selalu ada masalah kalau record video tapi gegar-gegar? Haaa…Galaxy S23 FEini dapat membantu korang merakam dengan kualiti yang maksimum sehingga 8K/24FPS sebab dilengkapi dengan sistem OIS, dimana ianya mampu meningkatkan penstabilan dan mengurangkan kabur ketika berfoto.

Benda yang paling min excited nak guna ialah mode Director View. Macam mana tu? Haaa…Dengan menggunakan mode ni korang boleh record video dengan kamera menghadap ke depan dan kamera menghadap belakang secara serentak. 

Memang lain dari yang lain Galaxy S23 FE ni. Rugi kalau korang tak dapatkannya SEKARANG!

Kehadiran teknologi kamera seperti ini membolehkan kita sebagai pengguna menghasilkan gambar dan video seakan professional. Lepas ni gambar-gambar OOTD kita semua mesti on point!

Prestasi hebat untuk kaki game!

Siapa kaki game cuba angkat tangan sikit! Kalau korang nak tahu, min memang seorang gamers sebab boleh dikatakan setiap hari min main game tau.

Bagi min lah kan, kalau nak main game ni mesti kena guna telefon pintar yang sesuai baru syok main kalau tak kejap-kejap hang, memang potong ah cerita dia.

Untuk pengetahuan korang Galaxy S23 FE memang sangat sesuai untuk kaki game diluar sana sebab mempunyai skrin sebesar 6.4” Dynamic AMOLED 2X dan hasilkan visual yang sangat tiptop!

Mempunyai ciri 120Hz Adaptive Refresh Rate yang memberi tindak balas sentuhan yang lebih smooth tau. Memang layan beb!

Bukan setakat tu je, Galaxy S23 FE juga mempunyai Ray Tracing dimana telefon ini dapat menghasilkan kualiti grafik yang cukup realistik. Memang rasa macam kita dalam game tu.

Telefon korang panas bila main game lama-lama? Jangan risau dengan Vapor Chamber tiada lagi masalah telefon korang panas ketika main game.

Penghasilan Vapor Chamber 3.9 kali ganda lebih besar dari siri yang sebelumnya ini dapat membantu mengawal haba tanpa menjejaskan prestasi permainan korang tau. 

Segalanya mudah dengan Samsung Dex Seamless Multitasking

Sejak-sejak kita semua dah beralih ke arah digital ni, semua benda kalau boleh nak buat melalui telefon betul tak?

Dengan adanya Galaxy S23 FE ni kita boleh siapkan pelbagai kerja dengan menggunakan peranti yang sama je. Mudah, cepat dan selamat!

Dilengkapi dengan Samsung Dex yang diciptakan khas untuk memudahkan proses berkerja dan meningkatkan produktiviti harian kita sebagai seorang pengguna.

Bukan nak cakap apa lah, kalau korang nak sambungkan ke tablet seperti Galaxy Tab S9 FE, monitor ataupun TV pun mudah. Nak pindahkan fail penting antara dua peranti yang berbeza pun senang je tau. Semudah ABC, 123!

Mempunyai sistem operasi One UI 5.1 atau lebih dikenali sebagai user interface yang membolehkan korang menetapkan paparan mengikut pilihan korang sendiri.

Tak lupa juga, fungsi Knox yang mampu menjaga segala maklumat penting dan peribadi korang dengan lebih baik.

Amacam! Ngam tak ngam?

Jappp…Ada lagi, korang juga boleh memenangi Epic Rewards yang bernilai sehingga RM1600 dengan setiap pembelian Galaxy S23 FE dan jangan lupa join sekali #GalaxyTroop untuk menikmati rebat bernilai RM500.

Satu lagi min nak pesan kat korang, jangan lupa untuk upgrade double storage hanya bernilai RM300 atau trade in hanya RM800 untuk siri Galaxy S23 FE 256GB ni.

Dapatkan juga diskaun sehingga 30% dengan purchase-with-purchase di Samsung Care+ untuk siri Galaxy Tablets dan siri Galaxy Buds yang terpilih termasuk aksesori Samsung.

Tawaran ini sah dari 10 Oktober 2023 hingga 31 Disember 2023 tau. Jangan cakap min tak bagi ya!

Untuk maklumat lanjut korang boleh ke laman web rasmi Samsung atau ke laman Facebook mereka!

SKIP THIS AD ×