
Samsung buat comeback paling padu tahun ni dengan dua model terbaru mereka iaitu Samsung Galaxy Z Fold7 dan Samsung Galaxy Z Flip7!
Dua-dua ni bukan setakat boleh lipat je tau, tapi dibekalkan kuasa AI dan rekaan paling ringan, paling nipis dan paling canggih setakat ni. Kalau korang memang gila teknologi dan nak smartphone yang bukan biasa-biasa, dua model ni memang wajib masuk wishlist korang!
Samsung Galaxy Z Fold7 – Ultra Premium, Ultra Power, Ultra Smart!

Nak rasa pengalaman smartphone yang luar biasa?
Samsung Galaxy Z Fold7 bukan calang-calang. Ia tampil sebagai smartphone paling nipis dan ringan pernah dihasilkan Samsung dengan hanya 8.9mm apabila dilipat dan berat 215g sahaja.
Rekaan ini menjadikannya lebih selesa digenggam dan mudah dibawa ke mana-mana. Tapi jangan tertipu dengan saiznya, sebab di dalamnya penuh dengan kuasa AI dan inovasi terkini!
Paparan utamanya ialah skrin 8.0 inci QXGA+ Dynamic AMOLED 2X dengan refresh rate 120Hz dan kini 11% lebih besar berbanding model sebelumnya. Ditambah pula dengan tahap kecerahan 2,600 nits dan teknologi Vision Booster, pengguna boleh menikmati pengalaman visual yang imersif – sama ada untuk bekerja, edit konten atau tonton Netflix kat luar waktu tengahari.

Skrin hadapan pula ialah 6.5 inci AMOLED 2X dengan nisbah 21:9 yang lebih luas, memberikan pengalaman menaip dan melayari internet dengan lebih lancar.
Di bahagian kamera, Samsung Galaxy Z Fold7 menjadi peranti lipat pertama Samsung yang menyertakan kamera 200MP wide-angle, dengan sokongan ProVisual Engine serta ciri AI seperti Generative Edit, Portrait Studio, Photo Assist dan Suggest Erases.
Dari segi prestasi, Samsung Galaxy Z Fold7 dijana cip Snapdragon 8 Elite for Galaxy, menawarkan peningkatan ketara: 41% dalam NPU, 38% dalam CPU, dan 26% dalam GPU.
Segala tugasan AI dapat dilakukan dengan pantas, baik dari terjemahan masa nyata ke suntingan foto beresolusi tinggi.
Ia juga hadir dengan struktur dalaman yang lebih tahan lasak, termasuk Armor FlexHinge, paparan UTG (Ultra-Thin Glass) 50% lebih tebal dan pelindung Titanium Plate. Kaca luar pula dilindungi oleh Gorilla Glass Ceramic 2, yang bukan sahaja tahan calar malah memberi kekuatan tambahan pada reka bentuknya.
Spesifikasi utama Samsung Galaxy Z Fold7:
- Paparan utama: 8.0 inci QXGA+ AMOLED 2X (120Hz)
- Paparan hadapan: 6.5 inci FHD+ AMOLED 2X (120Hz)
- Cip pemprosesan: Snapdragon 8 Elite for Galaxy
- Kamera utama: 200MP
- Bateri: 4,400mAh, pengecasan pantas & tanpa wayar
- Struktur: Titanium, engsel Armor FlexHinge, kaca Gorilla Glass Ceramic 2
- Pilihan storan: Hingga 1TB (RAM hingga 16GB)
- Penarafan kalis air: IP48
- Warna: Blue Shadow, Silver Shadow, Jet-black, Mint (eksklusif di Samsung.com)
Samsung Galaxy Z Flip7 – Kompak, anggun & lebih pintar dengan Flexwindow Edge-To-Edge!

Untuk korang yang sukakan gaya, saiz poket dan fungsi AI yang padat, Samsung Galaxy Z Flip7 memang match made in heaven.
Rekaan luarannya kini lebih nipis (13.7mm bila dilipat) dan ringan (188g), menjadikan ia telefon paling kompak dan stailo dalam siri Z.

Paparan luaran FlexWindow 4.1 inci kini lebih besar, lebih terang (2,600 nits) dan menyokong penggunaan penuh. Nak baca mesej, balas WhatsApp, selfie, dengar lagu, semua boleh terus dari skrin luar je, tanpa perlu buka telefon!
Skrin utama pula berukuran 6.9 inci FHD+ Dynamic AMOLED 2X dengan kadar segar semula 120Hz yang super lancar untuk semua hiburan, gaming dan scroll media sosial.
Kamera belakang pula dibekalkan sensor 50MP + 12MP Ultra Wide dan dikuasakan teknologi Nightography serta rakaman video 10-bit HDR untuk hasil lebih hidup. Ciri eksklusif seperti Real-Time Filters, Zoom Slider, Dual Preview dan Portrait Studio menjadikan Samsung Galaxy Z Flip7 sebagai ‘studio selfie’ bergerak.
Paling menarik, Samsung Galaxy Z Flip7 juga menyokong Samsung DeX yang pertama kali dalam siri Flip! Korang boleh sambung ke monitor dan buat kerja macam dekat laptop. Gempak kan?
Spesifikasi utama Samsung Galaxy Z Flip7:
- Paparan utama: 6.9 inci FHD+ AMOLED 2X (120Hz)
- Paparan luar: 4.1 inci Super AMOLED FlexWindow (120Hz)
- Cip: Exynos 2500 (3nm, khusus untuk Galaxy)
- Kamera: 50MP + 12MP Ultra Wide
- Bateri: 4,300mAh – tahan hingga 31 jam tontonan video
- Pengecasan: Pantas 25W + tanpa wayar
- Struktur: Gorilla Glass Victus 2 & Armor Aluminum
- Pilihan storan: 256GB atau 512GB
- Penarafan kalis air: IP48
- Warna: Blue Shadow, Jet-black, Coral-red, Mint (eksklusif di Samsung.com)
Diiktiraf lebih pintar, lebih peribadi dengan One UI 8 & Galaxy AI
Samsung kali ini benar-benar all-in bila sebut pasal AI. Galaxy Z Fold7 dan Z Flip7 hadir dengan sistem operasi One UI 8 berasaskan Android 16, menjadikan pengalaman lebih responsif, kontekstual dan seamless.
Samsung Galaxy Z Fold7 menampilkan pelbagai ciri AI termasuk:
- Writing Assist – bantu hasilkan teks, e-mel dan laporan dengan gaya bahasa profesional.
- Drawing Assist – ubah lakaran ringkas kepada ilustrasi digital berkualiti tinggi.
- AI Results View – paparkan hasil AI dalam Floating View tanpa halang kandungan asal.
- Gemini Live – boleh jawab soalan, beri cadangan dan bantu dalam masa nyata berdasarkan paparan skrin atau kamera.
Samsung Galaxy Z Flip7 pula lebih fokus pada penggunaan satu tangan yang pantas dan pintar, antaranya:
- Gemini Live di FlexWindow – bantu urus jadual, cari info atau buat carian suara terus dari paparan luar.
- Camera Sharing – tunjukkan sesuatu pada kamera dan tanya Gemini pendapat
- Now Bar & Now Brief – beri maklumat langsung & ringkasan harian di skrin luar.
- Personalization AI – ubah wallpaper, widget & emoji ikut mood dan rutin.
Pra Tempah kini dibuka. Jom jadi antara yang terawal milikinya!
Samsung Galaxy Z Fold7 dan Samsung Galaxy Z Flip7 akan mula dijual secara rasmi di Malaysia pada 31 Julai 2025, tapi pra-tempahan sudah pun dibuka.
Jadi, jom rebut peluang untuk dapatkan tawaran eksklusif termasuk hadiah percuma, bonus trade-in dan pakej istimewa selagi stok masih ada!
Layari laman web rasmi Samsung Malaysia atau kunjungi pengedar sah berdekatan untuk maklumat lanjut dan pembelian.








