Anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B menyangka sandalnya yang mencecah ribuan ringgit telah hilang.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Cik B Bagi ‘Green Light’ DSV Kahwin Lagi – ‘Tapi Mama Janganlah Buta Kerana Cinta’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Cik B & DSV Buat ‘Room Tour’ Hotel Mewah Di Makkah – ‘Kita Dah Bayar Untuk 10 Hari RM420,000’
Pembantu rumah pakai sandal
Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamilleen memuat naik hantaran di Instagram Story tentang sandalnya yang telah pun dijumpai setelah sekian lama tidak kelihatan.
Menurut gadis berusia 19 tahun tersebut sandal yang hilang itu rupanya selama ini dipakai oleh pembantu rumahnya.
Patutlah tak nampak dah, bibik pakai rupanya sampai jadi macam ni.
Sandal tersebut juga dilihat seperti tidak lagi digunakan dan berada di dalam keadaan yang terbiar serta kotor.
Dalam hantaran yang sama, Cik B turut memuat naik tangkap layar foto sandal tersebut daripada laman sesawang jenama mewah terkenal.
Paling menarik perhatian adalah harga sandal itu yang bernilai RM 3,700 sepasang namun ianya telah pun kehabisan stok di pasaran.
Sekadar info, Cik B sebelum ini pernah berhabis sebanyak RM657, 750 untuk pakaian dan aksesori daripada jenama mewah antarabangsa.
Terbaharu, Cik B sekali lagi meraih perhatian netizen apabila dia menerima sebuah kereta jenis Brabus G63 sebagai hadiah ulang tahun kelahiran daripada ibunya.
Sumber: Instagram Cik B