
Seorang individu menyorot perhatian ramai selepas berkongsi pengalaman bekerja bersama pelakon Nabila Huda yang disifatkan sebagai seorang yang sangat rendah diri dan tidak sombong.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Sebelum Tidur Saya Sapu Minyak Kelapa Ke Seluruh Wajah’ – Nabila Huda Kongsi Rutin Penjagaan Kulit
Artikel Berkaitan: ‘Saya Bersedia Nak Bersilat’ – Nabila Huda
Layanan sama rata
Menerusi satu hantaran di Threads, seorang pengguna bertanya kepada warganet mengenai pengalaman mereka bertemu artis yang paling mesra dan peramah.
Kita dah baca siapa artis paling sombong.
Cuba share artis paling mesra dan peramah pula awak semua pernah jumpa?
Bagi saya paling mesra ialah Afdlin Shauki.
Bagaimanapun, hantaran tersebut menarik perhatian seorang individu yang dikenali sebagai Aizad Zaidi, yang berkongsi pengalaman bekerja bersama Nabila Huda atau lebih mesra disapa Abil ketika menjalani latihan industri dalam produksi drama terbitan Astro pada tahun 2017.
Tambahnya lagi, Nabila turut melayan semua kru dan rakan artis tanpa membezakan layanan.
Nabila Huda seorang yang sangat humble, peramah dan langsung tidak sombong.
Cara dia melayan semua krew dan artis lain pun sama rata.
Ini pengalaman saya ketika menjalani latihan industri dalam produksi drama Astro sekitar tahun 2017.
Dia selalu menegur kami dan makan bersama-sama semasa waktu rehat shooting.
Menolong tidak kira siapa
Individu berkenaan turut berkongsi satu momen apabila Nabila menawarkan kerusi untuknya duduk ketika penggambaran luar, walaupun dia tidak memintanya.
Ada satu masa tengah hari sementara tunggu nak shooting, dia rehat dalam kereta dan saya pula berdiri di luar.
Nabila offer kerusi untuk saya duduk, walaupun saya tak minta.
Semoga rezeki Nabila Huda sentiasa melimpah ruah.
Sumber: Threads