Pelakon, Mia Ahmad memberitahu pernah berada di fasa dirinya merasakan serba kekurangan dan tidak cukup meskipun secara dasarnya hidup sudah lengkap dengan kehadiran suami serta harta dimiliki.

Artikel Berkaitan: Mia Ahmad Selamat Bersalin Anak Keempat, Baby Boy!

Artikel Berkaitan: ‘Sorry, I Dress For Allah’ – Mia Ahmad Tak Kisah Orang Cakap Tudung Labuh Macam Mak Cik & Tak Moden

Rasa tak cukup

Pelakon, Mia Ahmad memberitahu pernah berada di fasa dirinya merasakan serba kekurangan dan tidak cukup meskipun secara dasarnya hidup sudah lengkap dengan kehadiran suami serta harta dimiliki.

Mia atau nama sebenar Samihah Ahmad Baderi, 37, berkata, perasaan itu membuatkan dirinya sentiasa bergelut dengan diri sendiri sehingga mengalami masalah berfikiran melampau atau ‘overthinking’.

Sepuluh tahun lalu saya tidak yakin dengan diri sendiri, walaupun saya seorang selebriti tetapi ada sahaja perasaan yang tidak cukup.

Fitrah kita sebagai manusia ingin memperbaiki diri ke arah kebaikan, mahu berjumpa dengan Allah nanti pun dalam keadaan baik.

Dulu saya sentiasa bergelut dengan diri sendiri, sentiasa rasa tak cukup. Belum kahwin rasa nak kahwin, bila dah kahwin nak anak pula. Banyak sangat persoalan sampai saya jadi overthinking.

Sampai satu tahap saya rasa diri ingin semakin jatuh ke bawah. Saya rasa ada sesuatu benda yang hilang dalam diri.

Mia berkongsi perkara itu menerusi satu video temu bual yang dimuat naik di TikTok Zayyan.

Temui ketenangan

Bagaimanapun kata Mia, dia akhirnya menemui ketenangan yang dicari ketika menunaikan umrah pada tahun 2020.

Di Tanah Suci, aktres itu memanjatkan doa kepada Ilahi agar hatinya terus istiqamah dan sentiasa dikurniakan sifat bersyukur dalam apa jua nikmat diberikan.

Anak pertama saya didiagnos autisme, apabila dapat tahu itu saya rasa sangat letih. Saya solat lima waktu, tapi jiwa rasa tidak tenang.

Sehingga pada tahun 2020, kawan baik saya ajak pergi umrah. Saya pergi dengan perasaan yang berbeza, saya lihat Kaabah rasa sedih. Saya doa kepada Allah, ‘aku ingin kembali kepada fitrah’. Saya nak jadi baik.

Apabila mahu pulang ke Malaysia, timbul lagi overthinking dalam kepala, ‘bagaimana kalau perasaan ingin berubah itu hanya di Makkah, bagaimana jika saya tidak boleh istiqamah’.

Saya mohon kepada Allah untuk kekalkan nikmat ini (perasaan mahu perbaiki diri). Itu doa saya sebelum pulang ke Malaysia.

Sumber: TikTok