berita

‘Sanggup Berhutang Dengan Orang Kampung’- Pengorbanan Ibu Tunggal, Isteri & Anak Lawat Penagih

August 5th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Facebook, Mohd Izrul berkongsi kisah benar yang sering berlaku di kawasan tahanan pesalah-pesalah yang terlibat dengan kes penyalahgunaan dadah. Lebih menyayat hati, ahli keluarga serta anak isteri turut terkesan dengan perbuatan daripada pesalah itu sendiri.

Salah siapa?

Kebanyakan mahkmah yang kita hadir pemandangan ini dah biasa bagi badan beruniform yang bertugas.
Ada seorang ibu tunggal tua lagi uzur datang dari kampung berbatu jauhnya hanya naiki bas tambang hasil berhutang dengan orang kampung semata-mata ingin melihat anak kesayanganya. Boleh nilai sendiri mak kita susah payah berhutang dengan orang semata-mata nak tengok kita. Datang dengan berpeluh basah anak tudung dengan galas beg besar, ditangan kiri kanan bawak bekal untuk hampa.

Datang jauh dengan bawa bekal nasi berlauk ikan goreng kuah kicap semata-mata untuk bagi jamah anak yang didakwa atas memiliki, isap “DADAH”. Lebih malang lagi makanan tidak dibenarkan aama sekali diberi oleh orang luar termasuk ahli keluarga sekali pun. Menangis ibu tua semahunya sehingga basah anak tudung makanan yang dimasak dengan penuh kasih sayang tidak dapat dimakan oleh anak. Sejahat-jahat anak sekali pun mak mana tak sayang anaknya. Tidak lagi anak kecil yang datang bertanya “Ayah² kenapa Ayah ada di dalam bilik kecil ne dengan ramai org? Ayah bukan orang jahat kan? Allahu. Mana sikap kita sebagai ketua keluarga? Jangan disebabkan sikap buruk kita, terpalit kepada anak-anak kita.

Di sekolah anak-anak kita diejak dengan pelbagai gelaran, “Anak penagih”,”anak najis”. Disebabkan tindakan kita menyebabkan masalah pembelajaran anak di sekolah terbantut lebih malang lagi mengalami masalah tekanan JIWA! Semasa dibicara dan diadili oleh Hakim antara rayuan yang sering didengari oleh pesalah-pesalah dadah ‘Saya berjanji tidak ulangi lagi, saya ada tanggungan ibu yang dah tua, anak masih bersekolah, isteri yang sedang sarat mengandung, menjaga kedua orang tua yang sakit’ bila tengok rekod kekerapan masuk penjara lebih dari 5 kali! Hakikatnya janji pada mulut sahaja.

Menurut Izrul, rata-rata ahli keluarga penagih dadah sanggup mencari wang dan berhempas pulas untuk melawat anak mahupun suami mereka yang berada di penjara. Tambahnya, dia bersimpati melihat nasib seorang ibu warga emas yang sanggup berhutang demi melawat anak tercinta. Jelasnya lagi, terdapat juga anak-anak penagih yang diejek sewaktu di sekolah.

Individu pulih hanya segelintir

Di penjara kita sediakan perkhidmatan memulihkan banduan termasuk yang mengalami masalah ketagih “DADAH”. Rata-rata bila ditanya permulaan terjebaknya dengan dadah sejak di bangku sekolah lagi iaitu “PENGARUH RAKAN SEBAYA” bermula dengan merokok ingin mencuba. Dari mencuba benda baru rakan sebaya pekenalkan “Dadah” pil kuda, “SEJUK” . Ditambahkan lagi dengan sikap ibu bapa yang tidak bertanggungjawab dan tidak ambik peduli perihal aktiviti anak-anak di luar sana. Salah siapa? Cikgu? Cikgu di sekolah bertanggungjawab hanya untuk mendidik, mengajar sahaja. Jangan letak 100% Di bahu Cikgu untuk pikul tanggungjawab yang tidak sepatutnya dipikul.

Beringat. Sekali terjebak dengan najis “DADAH” nak pulih hanya segelintir sahaja yang berjaya. Yang selebihnya keluar masuk di penjara.Ibarat penjara rumah kedua. Rekod yang kita pernah tengok 12 kali masuk penjara disebabkan dadah. Bahana dadah ne jika sesorang sudah “HIGH” letak najis sendiri Di dalam makanan pun akan habiskan. Boleh tengok di dalam dada akhbar mahupun berita di TV seorang anak membunuh, sembelih ahli keluarga tanpa rasa bersalah disebabkan AKAL sudah tidak mampu untuk berfikir dengan baik. Jangan jadi hamba dadah. Sekali berjaya ditangkap disebabkan dadah selamanya anda “WANTED” dan akan kerap keluar masuk ke penjara. Salah siapa? Diri sendiri? Kawan? Ibu bapa? Didikan ibu bapa terdidiknya generasi akan datang. InsyaAllah.

Berkongsi mengenai kisah bagaimana banduan boleh terjebak dengan penagihan dadah, Izrul memberitahu rata-ratanya berpunca daripada pengaruh rakan sebaya dan tabiat merokok. Ujarnya lagi, hanya segelintir penagih yang mampu berubah manakala yang lain masih meneruskan tabiat yang sama meskipun sudah dibebaskan dari penjara.

Sumber: Mohd Izrul Helmy Ishak

SKIP THIS AD ×