berita

Sanggup Derma Buah Pinggang Selamatkan Kekasih, Wanita Terkilan Ditinggalkan Lepas Pembedahan

January 26th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang wanita dari Amerika Syarikat mendakwa ditipu sang kekasih apabila dia ditinggalkan selepas mendermakan buah pinggangnya kepada lelaki itu.

Artikel Berkaitan: Lepas Sebulan Derma Buah Pinggang, Lelaki Sedih Kekasih ‘Cabut’ Lari & Kahwin Dengan Lelaki Lain

Sanggup berkorban demi teman lelaki

Memetik laporan Mirror UK, wanita yang dikenali dengan nama Colleen Le berusia 30 tahun mengakui dia nekad berkorban untuk ‘menyelamatkan’ sang kekasih selepas mendapat tahu bahawa lelaki itu sebenarnya menghidap penyakit buah pinggang yang kronik sejak di usia remaja lagi.

Difahamkan, lelaki berkenaan terpaksa menjalani rawatan dialisis ketika berusia 17 tahun dan doktor memaklumkan bahawa buah pinggangnya hanya berfungsi kurang daripada lima peratus.

Ditinggalkan lepas 10 bulan derma buah pinggang

Setelah sepuluh bulan selesai menjalani pemindahan buah pinggang, wanita itu mendakwa teman lelakinya meninggalkan dirinya. Tidak cukup dengan itu, lelaki itu menuduh dirinya melakukan pemindahan tersebut hanya ‘untuk nampak baik’.

Saya memutuskan untuk menjalani ujian ini sebab merasakan bahawa dia adalah pasangan serasi dan saya tak sanggup melihat dia mati. Saya takut.

Bercerita dengan lebih lanjut, Colleen mendakwa sikap teman lelakinya mula berubah selepas dia menghadiri sebuah majlis bersama rakan-rakannya di Vegas . Sejak daripada itu, mereka kerap bertengkar dan siapa sangka, tiga bulan kemudian, lelaki itu mengaku telah menipu Colleen dan meminta untuk memutuskan hubungan antara mereka.

Sumber: Mirror UK

SKIP THIS AD ×