berita

Sanggup Keluar Islam Demi Cinta, Kisah Rumah Tangga Pelakon Indonesia Ini Kembali Viral Di Media Sosial

November 18th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Nama pelakon dan model jelita, Indonesia, Asmirandah Zantman pernah mencuri tumpuan media gara-gara keluar dari agama Islam untuk berkahwin dengan jejaka pilihan.  Meskipun sudah lapan tahun menganut agama Kristian, isu Asmirandah keluar agama Islam kembali trending dan menjadi topik hangat di TikTok.

Yakin itu jawapannya

@_angel0602Balas @aleesy5? suara asli – Jein – Jein tanpemawa

Yang membuat aku yakin saat tuhan sentuh aku dan saat itu juga aku yakin itu jawapannya.

Menerusi satu rakaman video di TikTok, Asmirandah memberitahu bahawa dia sangat yakin untuk keluar daripada agama Islam. Ujarnya lagi, dia terasa disentuh oleh Tuhan agama berkenaan ketika hendak menukar agama. Sebelum ini, Asmirandah atau mesra disapa Andah, telah berkahwin dengan pasangannya yang beragama Kristian iaitu pelakon, Jonas Rivanno sejak 17 Oktober 2013. Bagaimanapun, beberapa minggu selepas Jonas memeluk Islam untuk berkahwin dengan Andah, lelaki itu telah bertindak kembali kepada agama asalnya.

Pelbagai kesukaran telah berlaku selepas itu akibat perbezaan agama pasangan ini. Berikutan daripada itu juga, Andah hampir membatalkan majlis perkahwinannya kerana tidak tahan menerima tempelak masyarakat. Akibat cinta yang terlampau ‘dalam’ terhadap Jonas, Andah sanggup mengikuksuaminya menganut agama Kristian. Andah kemudiannya berkahwin mengikut kepercayaan Kristian di Singapura pada bulan Disember tahun yang sama.

Hadir majlis keagamaan bersama suami

Berdepan dengan pelbagai cemuhan dan kritikan, Andah tetap meneruskan kehidupannya dan dilihat menghadiri pelbagai majlis keagamaan bersama suami tercinta. Bukan setakat itu, Andah juga telah mengeluarkan lagu duet berunsur ketuhanan bersama Jonas yang bertajuk ‘Yesus Aku Cinta’.

Menerusi laporan Hai Bunda, ibu kepada Andah meluahkan rasa sedih apabila anak perempuan yang dididik dengan ajaran Islam daripada kecil, sanggup meninggalkan agama semata-mata mahu meraih cinta seorang lelaki. Ibu Andah dikatakan menangis tidak henti-henti apabila mendengar keputusan yang dibuat oleh anaknya itu. Bagaimanapun, Anton Zantman iaitu bapa kandung kepada Andah menerima seadanya keputusan anaknya itu.

Tahun lalu, Andah dan Jonas telah menimang cahaya mata sulung mereka iaitu Chloe Emmanuelle Van Wattimena.

Sumber: Tiktok & Hai Bunda

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×