berita

Demi Cinta, Puteri Jepun Sanggup Lepaskan Pangkat Diraja Untuk Kahwini Rakyat Biasa

November 1st, 2018 | by Shafika
Kini Trending

Demi sebuah cinta, Puteri Jepun iaitu Puteri Ayako sanggup melepaskan pangkat dan taraf kerabat diraja yang dimilikinya dengan mengambil keputusan mengahwini rakyat biasa, Kei Moriya di sebuah majlis perkahwinan yang berlangsung di Kuil Meiji, Tokyo.

Mengenakan baju tradisional

Menerusi laporan Japan Times, Puteri Ayako mengenakan kimono khas dengan gaya rambut bangsawan sementara pengantin lelaki kemas memakai tuksedo hitam ketika tiba di kuil pada hari perkahwinannya. Kira-kira 30 orang termasuk ahli keluarga yang hadir, pasangan tersebut bertukar dan menyarung cincin serta membaca sumpah pada majlis tersebut.

Ramai yang merestui perkahwinan

Puteri Ayako berkata, beliau sangat gembira kerana ramai yang merestui perkahwinannya walaupun terpaksa melepaskan pangkat dan taraf kerabat diraja.

Saya sangat gembira kerana ramai orang dapat merayakan (perkahwinan kami).

Kami mahu berusaha untuk menjadi pasangan seperti ibu dan ayah saya.

Jika bapa saya masih hidup, dia pasti akan gembira dengan perkahwinan saya

Pertama kali berjumpa di sebuah pameran gambar

Moriya yang bekerja di sebuah sebuah syarikat perkapalan Nippon Yusen K.K. di Jepun pertama kali berjumpa dengan Puteri Ayako pada bulan Disember, ketika mereka diperkenalkan oleh ibu Puteri tersebut, Puteri Hisako, yang telah lama mengenali ibu bapa Moriya di sebuah pameran foto.

Sumber: Japan Times

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×