berita

Sanggup Tinggalkan Anak Semata-Mata Ingin Warna Rambut, Bayi Lima Bulan Mati Kesejukan

March 18th, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Tergamaknya seorang ibu meninggalkan anak sendiri yang baru berusia lima bulan semata-mata keluar pergi mewarnakan rambut. Dalam kejadian yang berlaku di bandar Kamianka-Dniprovska, bayi tersebut maut seorang diri akibat kesejukan dalam suhu persekitaran -4 darjah Celsius.

Keluar warnakan rambut

(Gambar dari polis Zaporizhia : Tempat tidur mereka yang tidak terurus)

Kisah itu mendapat perhatian ramai yang menyifatkan ibunya yang dikenali sebagai Yulia seorang yang tidak prikemanusian. Kejadian itu disedari selepas Yulia pulang ke rumah beberapa jam dan mendapati anaknya sudah tidak bernyawa sebelum menghubungi ambulans.

Pasukan perubatan yang memeriksa bayi itu membuat kesimpulan bahawa mangsa meninggal beberapa jam sebelumnya. Mereka melaporkan kes itu kepada polis dan siasatan mendapati Yulia meninggalkan bayinya itu bersama anak perempuannya berusia dua tahun di rumah mereka tanpa memastikan suhu rumah itu bersesuaian untuk kedua-dua kanak-kanak itu.

Sudah beri makanan

(Gambar dari polis Zaporizhia : Keadaan yang jijik dan kotor)

Menurut laporan, Yulia menghabiskan masa dengan jirannya untuk mendandan rambut sementara meninggalkan anaknya sendirian di rumah sehingga meninggal dunia.

Kemudian, saya pergi berjumpa seorang rakan untuk melurus dan mewarnakan rambut saya. Ketika pulang ke rumah, saya mendapati anak sudah mati.

Malah Yulia turut memberitahu pihak polis bahawa dia tidak sempat memanaskan rumah sebelum keluar dengan menggunakan kayu api cara tradisional. Namun dia memberitahu dia sudah memberi makan kedua-dua anaknya dan meletakkan mereka di tempat tidur.

Selain itu, dia dikatakan mengambil minuman keras di rumah rakannya, Olena. Menurut Olena, mereka membeli enam liter bir dan minum arak itu, sebelum Yulia pulang ke rumah. Pihak berkuasa menyiasat kes berkenaan sebagai pembunuhan.

Kami membeli enam liter bir. Kami minum dan terus pulang ke rumah.

Tiada sistem pemanasan di rumah

(Gambar dari polis Zaporizhia : Rumah yang tiada sistem pemanasan)

Dalam pada itu, menurut jurucakap polis Olga Zinchenko, ibu dan dua anaknya tinggal dalam keadaan sangat kotor tanpa sistem pemanasan pusat dan elektrik.

Pemeriksaan forensik untuk menentukan punca sebenar kematian bayi sedang dilakukan. Ibu tersebut menghadapi hukuman penjara hingga 15 tahun jika didapati bersalah dan disabitkan kesalahan.

Lebih menyedihkan anak perempuan Yulia yang berusia 2 tahun menyaksikan kematian adiknya sendiri dan kini dijaga di bawah pusat perkhidmatan sosial dan dimasukkan ke hospital tempatan. Pihak berkuasa masih tidak memeriksa kesihatan Yulia dan siasatan akan diteruskan.

Sumber : Dailytelegraph

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×