berita

Sangka Besarkan Anak Kandung, Rupanya Adik Sendiri! DNA Bongkar Kisah Budak Ditinggalkan Mati Kebuluran

March 20th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun telah ditemui mati disebabkan kebuluran selepas ditinggalkan sendirian oleh ‘ibunya’ di sebuah apartment. Kejadian tragis itu dipercayai berlaku di Korea Selatan.

Budak 3 tahun mati kebuluran

Foto: Koreaboo

Menerusi laporan yang dipetik daripada IB Times, kejadian tersebut berpunca daripada seorang wanita yang dikenali dengan nama Kim berusia 22 tahun dipercayai telah meninggalkan kanak-kanak malang itu sendirian di dalam rumah mereka tanpa bekalan elektrik. Menurut sumber, kanak-kanak tersebut dipercayai ditinggalkan hampir enam bulan sebelum mayatnya ditemui pada 10 Februari lalu.

Mayat kanak-kanak itu hanya ditemui oleh nenek (Seok) berusia 49 tahun dan datuknya ketika mereka melawat rumah yang didiami mangsa dan ibunya, Kim. Soek dan Kim juga menetap di satu blok apartment yang sama dimana Kim di tingkat atas sementara rumah Seok berada di tingkat bawah. Difahamkan, Seok dan Kim mempunyai hubungan ibu dan anak.

Berdasarkan keterangan Seok, dia mengakui tidak dapat menghubungi Kim malah dia juga tidak tahu keberadaan anaknya itu. Berdasarkan laporan, ada bulan Ogos 2020 Kim telah berpindah ke rumah suami barunya dan meninggalkan anaknya itu di dalam apartment tersebut.

Kim dan Hong bercerai

Foto: Koreaboo

Hasil daripada siasatan awal mendapati bahawa kanak-kanak itu merupakan anak kandung Kim bersama bekas suami, Hong. Difahamkan, Kim dan Hong telah bercerai pada April 2020 yang lalu selepas bekas suaminya itu mengetahui Kim sedang hamil anak lelaki lain.

Malah, selepas mereka bercerai, Hong juga ada memberitahu Kim supaya menjaga anak perempuan mereka sehingga dia mendapatkan hak penjagaan. Tetapi malangnya, Kim telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu dan membiarkan kanak-kanak itu bersendirian sehingga mati kebuluran.

Ujian DNA bongkar segalanya

Foto: Allkpop

Tetapi pada tanggal 10 Mac 2021, segala-galanya bertukar menjadi satu berita yang tidak terfikir dek akal selepas pihak berkuasa membuat ujian DNA ke atas mayat kanak-kanak terbabit. Hasil ujian DNA tersebut sangat mengejutkan. Rupa-rupanya, kanak-kanak malang itu bukanlah anak kandung Kim dan Hong.

Pelik dengan situasi itu, pihak berkuasa kemudian membuat keputusan untuk menjalankan ujian DNA ke atas semua ahli keluarga yang terlibat. Alangkah terkejutnya apabila mengetahui kanak-kanak itu sebenarnya adalah anak kandung Seok (ibu Kim) bersama lelaki lain dan bukannya dengan suaminya yang sekarang.

Ianya secara tidak langsung menunjukkan Seok bukanlah nenek kanak-kanak itu sebaliknya adalah ibu kandung. Ternyata, selama ini Kim telah membesarkan adiknya sendiri dan bukan anak kandung seperti yang disangkakan sebelum ini.

Seok tukar bayi dengan Kim

Salasilah kisah Seok dan Kim (Koreaboo)

Hal ini berlaku kerana Kim dan Seok telah melahirkan anak perempuan pada waktu yang hampir sama. Oleh itu, pihak berkuasa percaya kemungkinan Seok secara senyap-senyap telah menukarkan bayi yang dikandungnya dengan bayi Kim kerana tidak mahu orang lain mengetahui dia sudah melahirkan bayi hasil hubungan sulitnya bersama lelaki lain.

Tetapi apa yang menjadi persoalan adalah dimanakah seorang lagi bayi perempuan (anak kandung Kim dan Hong)? Pihak berkuasa kini sedang mencari maklumat tentang keberadaan bayi tersebut. Susulan daripada itu, kedua-dua beranak iaitu Kim dan Seok telah ditahan oleh pihak polis untuk siasatan lanjut. Sementara, mereka juga sedang mencari bapa kandung kepada kanak-kanak yang ditemui mati itu.

Sumber: IB Times, Allkpop, Koreaboo

SKIP THIS AD ×