berita

‘Dia Bukan Tuhan’ – Sara Ali Bengang Dengan Fazura

December 26th, 2014 | by Wan
Isu & Kontroversi

saraa

Perang dingin di antara dua aktres yang pernah digelar ‘sahabat baik’ ini nampaknya semakin berlarutan apabila Sara Ali tampil membalas kenyataan yang dibuat oleh Fazura.

Terdahulu, Fazura tampil melalui rancangan terbarunya, Facing Up To Fazura  yang membicarakan topik persahabatan di antara dia dengan Sara Ali dan khabarnya menimbulkan reaksi kurang senang pihak tertentu. Iyalah sepatutnya kalau ada konflik sekalipun tak perlu lah didedahkan kepada umum.

Sara Ali Akui Hubungan Renggang

FotorCreated

Menurut laporan yang dipetik daripada mStar, Pelakon Sara Ali mengakui hubungan dengan rakan baiknya, Fazura renggang seperti mana didedahkan aktres itu dalam episod kedua program realiti Facing Up To Fazura terbitan E! Asia pada Ahad lalu.

Malah Sara turut mengatakan bahawa hubungan mereka tidak mungkin akan kembali jernih seperti sedia kala! Apabila ditanya mengenai punca persengkataan mereka, Sara memilih untuk merahsiakannya.

Saya tidak ok dengan dia dan tidak akan ok. Enough (cukuplah). Selebihnya saya tiada apa hendak komen

Terdahulu, menerusi ruangan komen di Instagram Sara Ali ada menulis yang tiada apa perlu beliau takutkan atas apa yang terjadi kerana Fazura bukannya Tuhan.

bkn tuhan

Fazura Tiada Niat Burukkan Sara Ali

fazz

Fazura bagaimanapun mengakui dia hanya bercakap benar sesuai dengan konsep realiti TV tersebut dan tiada niat untuk memburukkan Sara. Pada masa yang sama Fazura turut beranggapan pendedahannya itu akan menjawab segala pertanyaan yang pernah ditimbulkan peminat sebelum ini.

Kalau diamati kenyataan saya di dalam program berkenaan saya tidak ada niat langsung memburukkan Sara. Saya cuma bercakap mengenai persahabatan kami yang semakin renggang kebelakangan ini. Hal itu juga sering ditanyakan peminat yang agak hairan kenapa sudah lama tidak melihat kelibat kami berdua.

Namanya juga program realiti TV, maka saya perlu bercakap hal yang benar-benar berlaku dalam kehidupan saya. Kalau saya tidak jujur bererti lari daripada konsep program ini.

Janji Bertemu 17 November

http---makeagif.com--media-12-25-2014-NxRYqV

Fazura menjelaskan, dia dan Sara ada berhubung sekitar November lalu dan berjanji untuk bertemu selepas dia kembali dari Bosnia-Herzegovina iaitu pada 17 November lalu bagi bertanyakan tentang dakwaan orang ramai yang memburukkannya. Namun Sara mendiamkan diri apabila tiba tarikh yang dijanjikan.

Dalam pada itu, Sara enggan mengulas lanjut tentang dakwaan Fazura mereka ada berhubungan sekitar November lalu dan enggan memanjangkan isu berkenaan.