Penyanyi Sarah Suhairi memberitahu, tidak pernah terlintas di fikirannya untuk menamatkan zaman bujang seawal usia 24 tahun.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sarah Suhairi Selamat Bernikah, Pilih Pensyarah Sebagai Suami
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Beza Umur 15 Tahun, Sarah Suhairi Sedia Galas Tanggungjawab Sebagai ‘Ibu Segera’ Kepada Tiga Anak
Kahwin muda
Menurut Sarah, dia beranggapan di usia tersebut masih terlalu awal untuk bergelar isteri, namun percaya perkahwinan yang dibina bersama suami, Aswad Anuar, 39, adalah takdir yang sudah ditetapkan Ilahi.
Saya tidak pernah sangka akan kahwin di usia sekarang, kerana saya fikir mungkin akan kahwin pada usia 28 atau ke atas.
Namun siapa saya untuk menolak takdir yang Allah sudah susun cantik bersama suami. Sudah jodoh kami berdua, maka berlangsunglah perkahwinan pada tahun ini.
Sementara itu, pelantun lagu Nyawa & Raga ini berkata, sifat tenang dan matang yang ada pada suami membuatkannya jatuh hati.
Aswad adalah seorang lelaki yang matang dan suami tahu perkara itu. Saya juga suka lelaki yang tenang yang boleh menenangkan saya kerana saya seorang yang sangat periang dan aktif.
Saya harap dia boleh membimbing saya dengan baik, sama-sama memikul tanggungjawab sebagai suami isteri dan jadi ibu bapa yang baik kepada anak-anak, insya-Allah.
Imbas kembali, Sarah dan Aswad selamat melangsungkan pernikahan pada 26 Julai lalu di Barern Hill, Hulu Langat, Selangor.
Sekadar info, Aswad merupakan bapa tunggal kepada tiga cahaya mata. Dia bercerai pada tahun 2019 dengan bekas isteri sebelum mula berkenalan dengan Sarah setahun kemudian.