berita

Sarah Yasmine ‘Spill Tea’ Tunjuk Ciapan Pernah ‘Check In’ Hotel & Dakwa Meerqeen Curang Dengan Anna Jobling?

April 27th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Sarah Yasmine

Pendedahan terbaharu yang dibuat oleh wanita bernama Sarah Yasmine di Instagram Story miliknya terhadap pelakon Meerqeen telah mengejutkan ramai pihak.

Artikel Berkaitan: Sarah Yasmine ‘Petik’ Sophia Albarakbah Pula, Dedah Masih ‘Contact’ Aliff Aziz Sampai 28 Mac? – ‘I’m Okay, Lama Awak MIA’

Artikel Berkaitan: Aliff Aziz Fokus, Kehadiran Sophia Albarakbah Tidak ‘Cacatkan’ Persembahan – ‘Pusing Pusing Jumpa Orang Sama’

Meerqeen bermasalah?

Sarah Yasmine

Selepas menafikan kenyataan Meerqeen yang mengatakan Sarah sekadar peminat, wanita itu tampil dengan beberapa tangkapan skrin layar menunjukkan perbualan antara mereka di aplikasi WhatsApp.

Antara perbualan tersebut adalah Sarah mendakwa Meerqeen telah menipu dan berlaku curang terhadap aktres Anna Jobling.

Malah, Sarah turut menyebut mengenai sikap aktor itu yang didakwa bermasalah.

Selain itu, Sarah juga menunjukkan satu ciapan yang dibuat seorang individu di platform X yang mendakwa pernah melihat dia dan Meerqeen mendaftar masuk ke sebuah hotel.

Susulan itu, Sarah meluahkan rasa kesal dengan tindakan aktor itu yang hanya mendiamkan diri selepas ciapan tersebut tular.

Bukti dimuat naik Sarah

Sarah Yasmine

Sarah Yasmine

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×