Selepas kejayaan filem seram Islamik berjudul Khong Kaek, syarikat produksi dari Thailand, Monwichit Entertainment sekali lagi mengambil cabaran menerbitkan filem genre komedi yang turut mempunyai elemen Islamik bertajuk Isan Nikah.

Artikel Berkaitan: Filem Felino Angkat Kisah Kucing Jalanan, Bakal Mula Penggambaran Ogos Ini

Artikel Berkaitan: Ejen Ali The Movie 2 Kembali Dengan Misi Yang Lebih Besar, Tiga Runut Bunyi Jadi Pelengkap Filem Animasi 3D

Perkahwinan campur

Pengarahnya, Kriangkrai Monwichit berkata filem terbaharunya itu memaparkan sebuah jalan cerita yang cukup menarik kerana elemen itu jarang dipaparkan seperti perkahwinan campur.

Isan Nikah adalah sebuah filem yang sangat menarik untuk ditonton apabila menampilkan kisah perkahwinan membabitkan perbezaan agama serta budaya, lalu diolah untuk menjadi sebuah kisah komedi yang lucu dan mencuit hati.

Selain itu, saya turut mengetengahkan kehidupan di kampung halaman sendiri yang mencerminkan budaya masyarakat tempatan di selatan Thailand, termasuk sejarah, tempat pelancongan, makanan dan bahasa.

Sementara itu, pengarah urusan Empire Film Solution, Mohamad Zubir Badar Shair berkata, pihaknya berminat membawakan filem tersebut untuk ditayangkan di negara ini kerana tertarik dengan naskhah dan jalan ceritanya.

Selama ini penonton di Malaysia sudah selalu disajikan dengan dengan filem-filem bergenre seram dari Thailand dan sudah tibba masanya untuk filem bercorak komedi dan Islamik menjadi tontonan.

Isan Nikah ini kami lihat ia sebuah filem yang menarik untuk ditonton, selain sarat dengan komedi yang menghiburkan dan ia mengetengahkan tentang budaya dan kehidupan masyarakat muslim di selatan Thailand yang jarang dipaparkan dalam sesebuah naskhah.

Elemen islamik

Sedikit mengenai filem itu, Isan Nikah mengangkat kisah tentang perkahwinan yang akan berlangsung antara seorang gadis muslim bersama kekasihnya seorang jejaka Buddha yang kemudiannya menjadi mualaf.

Namun cuba dihalang abang kepada gadis berkenaan dengan pelbagai cara dilakukan untuk menggagalkannya.

Filem berkenaan menampilkan barisan pelakon popular Thailand seperD Nattawut Sanyabut, Chatchai Chinnasri, Kamonporn Sangwatcharasoontorn, Adull Borsu dan influencer popular iaitu Amadkuciasree Doloh @ Chalee.

Saksikan Isan Nikah ditayangkan bermula hari ini di pawagam berdekatan!