Di Instagram, pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein memberitahu kepada umum bahawa dia terpaksa menerima rawatan segera di sebuah pusat perubatan swasta di ibu kota bagi mengetahui dengan lebih jelas tentang tahap kesihatannya. Tambah Elly, dia terpaksa menjalani ujian Pengimejan Resonans Magnetic (MRI).
Ada masalah bahagian belakang
Untuk kesayangan semua, Kak Lina sihat cuma ada masalah bahagian belakang. Alhamdulillah, sekarang dah boleh gerakkan badan. Sekejap lagi doktor akan periksa tulang belakang. Baby Megat dah 6 bulan dan Alhamdulillah sihat.
Ujar Elly, dia mempunyai masalah di bahagian tulang belakang sejak belakangan ini. Oleh itu, dia segera melakukan pemeriksaan di hospital bagi mengelakkan sebarang masalah di kemudian hari. Jelas Elly lagi, bayi di dalam kandungannya dilaporkan berada dalam keadaan sihat.
Jan sentiasa ingat Tasya
Malam ni ada bacaan Yassin dan Doa buat Sarah serta smua yang terkesan #covid19 melalui Zoom Meeting. Sama-sama kita berdoa ya kesayangan. Tasya @sitisarahraissuddin , Jan doa dari hospital ya, tak dapat nak join zoom meeting. Jan sentiasa ingat Tasya. Love you Tasya. Teruskan doa buat Sarah ya. Terima kasih semua.
Dalam pada itu, Elly turut memohon maaf kerana tidak dapat menyertai majlis bacaan yasin dan doa selamat buat sahabat baiknya iaitu Siti Sarah. Sebagai rakan dalam industri hiburan, Elly memohon yang terbaik buat Sarah dan berharap pelantun suara ‘Semakin’ itu kembali sedar daripada koma.
Sumber: Elly Mazlein