berita

Sarat Unsur Kekeluargaan & Jenaka, Ini 5 Sebab Kampung People Trending Setiap Episod!

January 9th, 2020 | by Amat Larbsib
Kini Trending

Drama Kampung People arahan Wan Hasliza Zainudin telah menamatkan siaran sebanyak 13 episod. Tidak dinafikan, setiap episod drama bertemakan kekeluargaan ini mendapat sambutan ramai sehingga trending di media sosial.

Tidak kering gusi melihat telatah lakonan mantap Elly Mazlein, Rashidi Ishak, Riena Diana, Hun Haqeem dan ramai lagi. Kami kongsikan kepada anda lima tarikan dari episode pertama hingga terakhir, kenapa drama Kampung People best!

1. Kisah ‘cinta’ Jekfar dan Lailer

Pelakon Hun Haqeem dan Riena Diana mula mendapat perhatian peminat apabila muncul dalam drama Kampung People ini. Boleh dikatakan setiap episod trending mengenai kisah ‘percintaan’ watak Jekfer dan Lailer. Lakonan bersahaja dari Hun Haqeem membuatkan ramai gadis ‘cair’ dengannya.

2. Chemistry Pak Abu dan Minah

Melihat kepada chemistry lakonan yang saling diberikan Elly Mazlein dan Rashidi Ishak sangat penting dalam menghidupkan penceritaan drama ini. Malah, babak bercakap sebelum tidur sebagai pasangan suami isteri juga dipuji ramai dan menyifatkan babak berkenaan adalah contoh kepada semua pasangan.

3. Gelagat orang kampung

Watak TP, Ismail, Norbit dan Tok Imam sebagai orang kampung atau geng surau juga menghidupkan setiap babak dalam drama ini. Kritikan stereotaip ditampilkan pengarah terhadap orang kampung mencerminkan realiti masyarakat yang gemar melepak di warung. Setiap kali babak geng surau ini pasti menghiburkan ramai penonton. ‘Banyak-banyak binatang, binatang apa yang lambat?

4. Badrul, si pekak memahami

Sejak kebelakangan ini, watak Badrul sering mendapat perhatian ramai penonton. Watak ini juga disifatkan seorang yang memahami hati Laila dalam apa juga pun keadaan. Bagi yang tidak tahu, Badrul adalah penulis novel Laut, I Miss You, seorang peniaga BioJen dan kek pandan Laila dan kek birthday Yummy di dalam drama ini dibikin sendiri olehnya! Memang serba bolehlah Badrul.

Badrul juga hero tau! Dia yang telah menyelamatkan keluarga Razif daripada Tuan Suhaimi. Sekali rempuh, jatuh terus Tuan Suhaimi tu.

5. Yummy si comel

Tidak lupa juga dengan watak Imran atau lebih dikenali sebagai Yummy. Lakonan Yummy yang comel dan bersahaja juga tarik perhatian penonton untuk setia di depan kaca TV. Daripada seorang kanak-kanak anti-social dan kurang mendapat kasih sayang dari ibu bapa, kini kehidupan Yummy telah berubah.

Daripada kanak-kanak yang gemar bermain gajet, kini Yummy berubah menjadi seorang kanak-kanak mengamalkan gaya hidup sihat. Hubungan mereka sekeluarga juga menjadi semakin erat sejak diarahkan pindah ke Kampung Sinaran Harapan! Terima kasih ejen Shukri!

Happy ending episod akhir

Buat anda yang meminati Kampung People, apa pendapat anda mengenai drama sebegini? Drama sebegini sepatutnya diteruskan demi memberi kebaikan dan teladan kepada masyarakat moden. Selain mempunyai unsur jenaka, Kampung People berjaya membuatkan penonton berfikir tentang nilai-nilai moral yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan. Gituhhh!

Kredit: Farah, Neyra, Mehamcomel, Cha