
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim meluahkan rasa teruja apabila kembali mengikuti kelas lakonan sebagai usaha untuk mengasah bakat dan mempertingkatkan kemahirannya sebagai pelakon.
Artikel Berkaitan: ‘Bila Tarik Nada Rendah, Memang Menjadi’ – Sarimah Ibrahim Puji Suara Cik B
Artikel Berkaitan: Sarimah Ibrahim Terus Lantang Bersuara, Akui Tiada Yang Berani Cuba Rasuah
Serimah Ibrahim masuk kelas lakonan
View on Threads
Menerusi hantaran di Threads, Sarimah memaklumkan dia kembali mengikuti ‘Master Class actor training’ bersama jurulatih lakonan, Joseph Pearlman, selepas mula menyertai kelas tersebut beberapa tahun lalu.
Menurutnya, latihan tersebut bukan sahaja membantu mengasah kemahiran lakonan, malah menjadi sumber inspirasi yang menyuntik semula semangat kreatifnya sebelum kembali ke set penggambaran.
Tadi saya masuk kelas balik. Saya suka kembali menyertai Master Class latihan lakonan bersama Joseph Pearlman di LA (Los Angeles).
Saya mula mengikuti kelas ini beberapa tahun lalu dan setiap kali menyertainya, ia sentiasa membangkitkan semangat serta menghidupkan sisi kreatif saya sebelum melangkah ke set penggambaran
Dalam hantaran sama, Sarimah menegaskan bahawa bidang lakonan bukanlah sesuatu yang mudah seperti yang dilihat oleh sesetengah pihak.
Sebaliknya, seseorang pelakon perlu sentiasa mengasah bakat, menjalani latihan serta menimba ilmu bagi memastikan setiap watak yang dibawakan dapat disampaikan dengan lebih baik.
Ramai kata nak jadi pelakon ni nampak senang. Tapi realitinya adalah nak jadi pelakon memang boleh tapi untuk menjadi pelakon yang bagus atau berjaya kena berlatih dan sentiasa belajar.
Tiada istilah ‘dah cukup bagus’. Setiap watak berbeza dan memerlukan Mindset lain.
Sumber: Threads Sarimah Ibrahim








