
Aktres dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim akui berpegang teguh pada prinsip dirinya untuk tidak terlibat dalam penerimaan atau pemberian rasuah sepanjang berkecimpung dalam dunia seni.
Artikel Berkaitan: Sarimah Ibrahim Kecewa Sikap Tak Profesional Penerbit & Pengarah – ‘Suruh Lock Date Sampai Kami Reject Job Lain Sebab Janjimu Itu’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Pernah Rasa Diri Ini Cantik’ – Sarimah Ibrahim
Rasuah dan hadiah
Ketika ditemui OhBulan!, Sarimah Ibrahim, 48, berpendapat adalah lebih baik untuk tidak memberi atau menerima sebarang bentuk hadiah yang boleh disalah tafsir sebagai rasuah.
Tambah Sarimah, dia lebih selesa bersikap telus tanpa sebarang rahsia kerana percaya kebenaran akhirnya tetap akan terbongkar.
Kita jangan bagi dan kita jangan terima.
Kalau kita cuba lari daripada kebenaran, perkara itu tetap akan datang balik.
Jadi, saya pegang kepada prinsip untuk berterus terang dahulu. Biar sakit sekarang, nanti akan sembuh.
Jangan cuba letak ‘plaster’ untuk sembunyikan sesuatu.
Sarimah berkata demikian ketika ditemui pada malam gala filem Konspirasi yang berlangsung di IOI Putrajaya, baru-baru ini.
Berkongsi lebih lanjut, pelakon filem Konspirasi itu mendedahkan belum pernah didekati bagi tujuan rasuah susulan dirinya yang dikenali dengan kelantangan bersuara di media sosial.
Tidak ramai yang berani datang kepada saya dan cuba menggunakan apa-apa bentuk rasuah. Ini kerana mereka tahu saya seorang yang sangat lantang bersuara.
Jadi, perkara seperti rasuah jarang berlaku.
Selalunya memang ada pihak yang cuba untuk beri rasuah. Disebabkan itu, saya cuba bersuara sedikit supaya dapat menegakkan keadilan.
Dalam perkembangan lain, Sarimah membintangi filem aksi thriller Konspirasi arahan Ghaz Abu Bakar yang mengangkat kisah usaha Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membanteras sindiket rasuah membabitkan ahli politik.
Filem ini turut dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Hisyam Hamid, Alicia Amin, Shiqin Kamal, Adi Putra, Amir Nafis, Roy Azman dan Esma Daniel.