berita

Sarung Telefon Pun Dah Jadi Wireless Charger! Nampaknya Huawei Makin Power

April 2nd, 2019 | by Asyraf Khalib
Sponsored Post

Sekarang ni kalau sebut je pasal telefon bimbit dan segala aksesorinya, sumpah admin tak sempat nak ikut dah. Teknologi laju betul berkembang. Kalau lambat sikit je, mesti ketinggalan. Tapi teknologi ni penting sebenarnya. Sibuk macam mana pun kita, sekurangnya pastikan kita ikut perkembangan semasa ya!

Sebab tu kali ni admin nak kongsi dengan korang tentang kejutan terbaharu daripada Huawei. Hari ni korang dah terkejut dengan kemunculan Huawei P30 Series secara rasmi di Malaysia, sekarang kejutan lain pulak. Tahun 2019 ni admin boleh cakap tahun Huawei kot sebab segala keluaran terbaru daripada jenama Huawei ni luar biasa weh!

Huawei, tak pernah mengecewakan!

Sebelum ini, Huawei hadir dengan telefon pintar Huawei P30 dan P30 Pro yang mempunyai salah satu perbezaan yang agak ketara iaitu pengecasan tanpa wayar. Bagi korang yang belum tahu, Huawei P30 Pro mempunyai keupayaan yang membolehkan peranti dicas tanpa menggunakan wayar, manakala Huawei P30 pula tidak memiliki ciri tersebut. Tak best lah kan?

Jadi, kali ini mereka nampaknya cuba merapatkan jurang antara kedua telefon pintar ini dengan memperkenalkan satu alternatif hampir serupa iaitu dengan meletakkan ciri tersebut pada peranti Huawei P30 jugak. So, Huawei dah keluarkan satu sarung telefon khas yang istimewa untuk Huawei P30! Happy tak pengguna Huawei p30?

Paling menarik, smartphone case ni membolehkan telefon bimbit dicas menggunakan dermaga pengecas secara terus. Pendek kata, korang sebagai pengguna tak perlu lagi susah-susah menyambungkan kabel pada sambungan port. Letak je terus setel!

Ciri keselamatan sentiasa diutamakan!

Salah satu sebab admin suka jenama Huawei ni kerana produk Huawei sentiasa mengutamakan ciri keselamatan dalam rekaan mereka. Bagi sarung telefon pengecas tanpa wayar ini, Huawei memastikan proses pengisian semula tanpa wayar lebih cepat dan selamat dengan  sijil keselamatan TÜV Rheinland dan pensijilan QI.

Design pun WOW!

 

Selain kelebihan boleh mengecas telefon tanpa wayar, admin tertarik juga dengan rekaan sarung telefon ini yang memang cun. Ia menampilkan design rongga-rongga kecil di seluruh bahagian sarung telefon tersebut. Reka bentuk sarung berlubang ini membuatkan tekstur sarung telefon tidak licin untuk cengkaman yang lebih baik.

 

Sarung yang dinamakan Wireless Charging Case ini didatangkan dengan dua pilihan warna, oren dan hijau tau. Warna nampak eksklusif dan kena dengan kecanggihan teknologinya. Kalau korang perasan juga ada logo petir atau macam kilat kecil dekat tengah-tengah sarung untuk higlight ciri menarik sarung telefon ini.

Pada bahagian bawah pula, ada magnet untuk memudahkan korang meletakkan telefon bimbit dengan lebih selamat dan mudah di dok kereta. Paling penting korang kena tahu, sarung telefon serba canggih ini menyokong pengecasan tanpa wayar Qi dengan kuasa mengecas mencapai 10W dan ini bermakna ia sedikit rendah berbanding Huawei P30 Pro yang menyokong teknologi 15W.

Walau bagaimanapun, buat masa ini harga dan stok yang tersedia untuk Huawei P30 Wireless Charging Case ni belum diumumkan sepenuhnya. Sabar okay!

SKIP THIS AD ×