Akhirnya, setelah beberapa kali kecoh di media, bekas anggota kumpulan Elite, Sasha dan suaminya, Salyo Priyanto sudah pun bercerai.
Punca perceraian mereka masih dirahsiakan dan mereka berdua sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak semalam (Selasa) tepat jam 2.55 petang demi menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Sasha ketika ditemui wartawan mStar Online memberitahu, “Sebagai seorang Islam tidak perlu saya membuka pekung tentang apa yang berlaku di antara kami tambahan pula kes ini sudah pun selesai.
“Apa yang boleh saya katakan, kami berdua telah mengambil pelbagai langkah seperti mendapatkan nasihat keluarga dan berusaha memperbaiki keadaan rumah tangga kami tetapi malangnya penceraian adalah yang terbaik buat kami berdua.”
Selepas perceraian ini, Sasha akan menjalani tempoh edah selama tiga bulan. Untuk pengetahuan, Sasha dan Salyo telah berkahwin pada tahun 2007 dan telah dikurniakan seorang anak bernama Adam Aryasenna Notosoemarsono, 3 tahun.





![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kena Jadi Baik & Ramah Sebab Mereka Datang Dari Jauh’ – Syed Saddiq Nasihat Ayden Santuni Masyarakat](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2675.jpeg)
![[VIDEO] Syed Saddiq Dedah Hati Mula Berpaut Pada Bella Astillah Ketika Di Sabah – ‘Saya Nampak Sisi Dia Yang Berbeza’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2674.jpeg)