berita

Satu Bahagian Cecah RM30 Ribu, Ibadah Korban Daging Wagyu Untuk Golongan ‘Kayangan’

June 29th, 2020 | by faris
Kini Trending

Tidak lama lagi umat Islam seluruh dunia bakal merayakan Hari Raya Aidil Adha yang sinonim dengan ibadah korban. Seiring masa, siapa sangka ibadah ini juga turut memberi alternatif untuk mereka berkemampuan membayar berkali ganda dengan harga biasa dengan tawaran korban daging wagyu!

Dapat daging bernilai RM50 ribu

Jika kebiasaannya lembu biasa disembelih untuk dibahagikan kepada fakir miskin, untuk pakej premium ini lembu dikatakan terbaik dunia, Wagyu Miyazaki dari Jepun digunakan. Satu bahagian  daging ini berharga RM30 ribu, bermakna seekor lembu yang dibahagikan 7 bahagian bernilai RM210 ribu!

Harga sedemikian mengundang pendapat pelbagai daripada pengguna laman sosial. Ada yang bersetuju dan tidak kurang juga mengkritik ibadah untuk golongan ‘kayangan’ itu.

Menurut penganjur di Facebook mereka, sembelihan akan dibuat di rumah sembelihan yang di iktiraf pihak JAKIM di Miyazaki, Jepun. Kemudian, daging lembu akan dibawa proses hingga sampai ke Malaysia.

Seekor lembu Wagyu tulen yang dagingnya bergred terbaik A5 biasa dengan berat hidup 800 kg, akan menghasilkan blok daging seberat 360kg. Setiap peserta akan menerima 50 kg daging berharga pasaran mencecah RM50k.

Tak ada masalah kalau mampu

Tak faham konsep korban?

Sumber: Twitter

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×