berita

Satu Keluarga Dakwa Dijangkiti Covid-19 Gara-Gara KKM ‘Tertukar’ Nama Pesakit

January 18th, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Menerusi perkongsian di Facebook, seorang wanita dikenali sebagai Azra Ghaz mendakwa kecuaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan keputusan negatif RTK-Antigen kepada suaminya. Perkara ini menyebabkan dia dan anaknya terdedah kepada wabak itu. Malah, suaminya sendiri terkilan apabila dimaklumkan pihak KKM bahawa tersilap maklumat kerana individu tersebut mempunyai nama yang sama.

Keputusan suami negatif

Suami saya telah dijangkiti ketika berada di wad hospital. Suami saya tak mampu bergerak dari katil pun. Adakah kakitangan KKM tidak mengamalkan SOP yang betul ketika merawat suami saya. Kecuaian pihak KKM ketika memaklumkan keputusan RTK-Antigen kepada suami saya.

Menurut wanita ini, dia dimaklumkan bahawa keputusan swab test suaminya negatif walaupun sebenarnya positif. Disebabkan itu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengarahkan suaminya pulang ke rumah. Perkara ini menyebabkan mereka terdedah kepad Covid-19.

Kami juga sudah melakukan ujian RTK-Antibodi. Terbukti saya & Mia pula didapati positif ketika tempoh kuarantin. Kerana kesilapan KKM, mereka telah membahayakan nyawa kami sekeluarga.  KKM mengarahkan kami sekeluarga untuk buat RT-PCR kali kedua pada hari ke-15 selepas terdedah kepada kontak positif. Apakah signifikannya melakukan RT-PCR selepas incubation period (10 hari), sedangkan kebolehjangkitan di tahap sifar.

Dalam pada itu, wanita ini meminta agar semua orang tidak menyalahkan pihak KKM memandangkan pihak KKM sedang menggalas tugas yang sangat berat. Namun perkongsian ini adalah sekadar untuk membincangkan perkara ini agar tidak berlaku penindasan. Tambahan, kita juga berhak untuk mendapat layanan dan perhatian yang sewajarnya dari pihak KKM.

Kronologi peristiwa

Menurut suami kepada Azra, Muhammad Ghazali dia dimasukkan ke Hospital Serdang pada 7 Disember, 2020 akibat jangkitan nanah pada bahagian pinggul. Selepas dua hari dimasukkan ke wad, terdapat kes COVID-19 yang berlaku di wad berkenaan dan ianya telah di “lockdown”.

Saya dan pesakit tidak boleh ke mana-mana untuk mengelakkan daripada menjangkiti orang lain. Saya kemudiannya diarahkan untuk menjalani ujian saringan RTK-Antigen pada 10 Disember.

Lama kelamaan jumlah pesakit dalam wad berkenaan telah berkurang kerana keputusan swab mereka adalah negatif dan dibenarkan pulang untuk menjalani kuarantin di rumah. Ujian swab kedua ke atas saya dibuat pada 17 Disember dan sejurus selepas itu dibenarkan pulang bagi menjalani kuarantin di rumah pula.

Sebelum pulang, pihak KKM memaklumkan sekiranya tiada panggilan berkenaan keputusan ujian saringan kedua, maka boleh datang terus ke Hospital Serdang untuk memotong gelang merah jambu di tangannya. Sehingga 22 Disember dari tarikh dibenarkan pulang, tiada sebarang panggilan telefon diterima dan beliau terus pergi untuk menyelesaikan urusan berkenaan.

Bagaimanapun, keesokan harinya (23 Disember) saya terima panggilan mengatakan berlaku kesilapan pada nama dan saya sebenarnya disahkan positif COVID-19. Saya dimaklumkan oleh doktor yang hendak membuat ‘follow up’ mengenai penyakit awal saya.

Ada kesilapan nama sama

Tambah Muhammad Ghazali lagi, sewaktu mendapatkan penjelasan tentang prosedur pemotongan gelang merah jambu itu walaupun dirinya positif, beliau dimaklumkan terdapat kesilapan berlaku ketika saringan maklumat dan individu lain yang mempunyai nama sama sebenarnya disahkan positif.

Walaupun dimaklumkan berlaku kesilapan pada nama, saya agak skeptikal, sebab saya duduk di hadapannya (petugas yang memotong gelang itu). Surat yang saya bawa semua ada maklumat terperinci.. nama, nombor kad pengenalan dan sebagainya.

Saya nampak dia salin ke satu lagi surat (surat pelepasan), lepas tu dia gunting gelang di pergelangan tangan saya. Saya tak nampak yang dia check betul-betul.

Pada keesokan harinya (24 Disember), Muhammad Ghazali menerima panggilan memaklumkan beliau akan dibawa ke Hospital Sungai Buloh menggunakan van KKM, untuk lawatan lanjut.

Masa dia ambil pukul 9 malam menggunakan van, ada beberapa kawasan lagi lagi dia ambil orang. Apabila kami tanya kenapa bawa laju, pemandu berkenaan menjawab perlu kejar trip, kerana ada bas menunggu pada pukul 10 malam untuk ke Sungai Buloh.

Lebih kurang 1 pagi barulah mereka bergerak ke Sungai Buloh kerana ketiadaan bas di dewan Kajang. Perkara ini turut membuatkan keluarga ini terkilan kerana boleh merisikokan semua ahli keluarga mereka.

Sumber : Azra Ghaz,Astro Awani

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×