Pelakon, Diana Rafar membuat satu pendedahan mengenai sikap suaminya iaitu Zamarul Hisham yang menghidap Gangguan Obsesif Kompulsif (OCD) sejak awal perkahwinan mereka. Lebih teruk, sikap cerewet suaminya itu pernah membuatkan perkahwinan mereka gagal pada tahun 2015.
Bertabah siapa dapat suami OCD
View this post on Instagram
Cerewet suami saya ni sehingga satu tahap saya down. Kita rasa asyik semua salah sahaja. Rasa tak sempurna dan sering terfikir macam mana nak jadi isteri terbaik. Sedih juga la, sampai awal perkahwinan dulu saya mengalah dan bercerai. Saya kata saya tak nak. Tapi bila sudah lama berfikir, saya boleh terima dan rujuk semula dengan dia.
Menerusi program bual bicara Mingguan Wanita, Diana berharap semua para isteri bertabah sekiranya mereka mempunyai suami yang menghidap penyakit OCD. Tambahnya, dia pernah berasa ‘down’ suatu ketika dahulu sehingga mengambil langkah untuk bercerai.
Berdoa pada Allah
View this post on Instagram
Di akhir bual bicara tersebut, Diana memberitahu dia hanya berdoa kepada Allah agar penyakit OCD suaminya itu akan berkurang. Jelasnya lagi, dia memandang penyakit tersebut sebagai suatu yang positif buat dirinya juga kerana mereka yang menghidap OCD ini merupakan seorang yang pembersih.
Sumber: Diana Rafar