berita

‘Saya Ada Jumpa Psikiatri..Saya Bukan Depresi, Cuma Stres’ – Fathia Latiff

January 14th, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Pelakon Fathia Latiff memaklumkan bahawa tindakannya melabelkan Zahirah MacWilson seperti ‘bibik’ adalah disebabkan rasa dendam terhadap komen netizen yang kerap membanding-bandingkan dirinya dengan isteri Aiman Hakim Ridza itu.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Tidak Lagi Cintakan Dia, Cuma Ada Dendam’ – Fathia Latiff

‘Saya ada dendam dengan Zahirah’

Menerusi temu bual di podcast bersama Caprice, Fathia menjelaskan bahawa dia tidak lagi mencintai Aiman seperti yang didakwa ramai sebaliknya dia menyimpan dendam terhadap Zahirah. Tambah Fathia lagi, dia sama sekali tidak menyifatkan wajah Zahirah hodoh tetapi dia menggelarkan Zahirah seperti bibik kerana penampilan pelakon itu.

Saya dah tak cintakan dia lagi tapi saya ada dendam dengan Zahirah. Saya tak cakap Zahirah tu hodoh, saya cuma cakap dia seperti bibik. Ada je bibik cantik yang pernah saya jumpa.

Bercerita dengan lebih lanjut, Fathia menjelaskan dia terbuka mengekspresikan apa yang dirasainya di media sosial malah yakin tindakannya itu bukanlah satu kesalahan dan tidak melanggar undang-undang atau akta negara.

Apabila ditanya mengenai kesihatan mentalnya, pelakon berusia 36 tahun itu akui telah berjumpa pakar psikiatri namun dia hanya disahkan mengalami stres dan bukan depresi seperti yang didakwa ramai.

Saya tidak perlukan kawan. Ya, saya juga ada bertemu dengan psikiatri dan mereka maklumkan saya okey dan hanya mengalami sedikit stres.

Sumber: Youtube Caprice Original Films

SKIP THIS AD ×