Penyanyi Shila Amzah memohon maaf atas kesilapan membuang gula-gula di atas pentas ketika membuat persembahan di Konsert Merdeka 65 yang ditayangkan di TV2 pada ambang Merdeka, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kena Kecam Buang Gula-Gula Atas Pentas, Shila Amzah Mohon Maaf
Artikel Berkaitan : ‘Nak Lelaki Rajin, Bukan Anak Orang Kaya Harap Duit Ibu Bapa’ – Shila Amzah
Ada tabiat
Ketika ditemui OhBulan!, Shila, 32, menyatakan dia memang akan mengunyah gula-gula berangin sebelum melakukan persembahan.
Bagaimanapun, pada hari kejadian dia terlupa dan rasa terganggu dengan gula-gula yang masih berada di dalam mulutnya.
Saya memang ada satu tabiat sebelum membuat persembahan, iaitu saya suka mengunyah gula-gula berangin untuk menyejukkan tekak.
Selepas dah menyanyi bahagian ‘adlip’, rasa macam nak tercekik dan terganggu. Nak telan, takut tersekat pula. Bila tengah tak sihat, ruang udara macam terbatas, jadi, saya kena buang gula-gula itu.
Shila berkata demikian ketika majlis sidang media pengumuman senarai calon akhir Anugerah Industri Muzik 23 (AIM23) yang diadakan di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur, pada Khamis.
Tak kisah orang nak cakap apa
Dalam pada itu, pemilik nama Nur Shahila Amir Amzah berkata dia sentiasa beringat sebelum ini memandangkan ini bukan kali pertama dia ‘kantoi.’
Sebelum ini, saya dah pernah ‘buat hal’ di acara akhir Anugerah Juara Lagu yang mana, turut ‘tertangkap’ oleh kamera. Selalunya, saya memang ingat dan tak pernah buat dah.
Bila dah berlaku sekali lagi dan tular, saya tak boleh nak buat apa sebab benda dah jadi. Bagi saya, ini adalah hiburan. Orang nak cakap apa pun, cakaplah.
Untuk AIM23, Shila tercalon dalam tiga pencalonan iaitu Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu menerusi lagu Bahagiakan Dia bersama Liza Hanim, Runut Bunyi (OST) Terbaik Di Dalam Filem/Drama menerusi lagu Khilaf Asmara dan Bahagiakan Dia.
Sumber: Instagram @shahilaamzah