berita

Saya Akan Cakap Saya Nak Awak – Pekin (Cerita Kita, 2013)

January 30th, 2013 | by Ai
Filem Antarabangsa

Screen Shot 2013-01-30 at 12.49.06 PM

“Kalau awak tanya dalam dunia ni apa yang saya nak, saya akan cakap saya nak awak.”

Tersentuh hati OHBULAN! tatkala mendengar sepotong ayat ini dari Pekin kepada Yana Samsudin. Bila cinta sudah berputik, yang besar dilihat halus, yang halus hilang terus. Tiada lagi penghalang bagi sebuah cinta untuk terus berputik selain dari hati yang sudah tertutup.

“Cerita Kita” adalah sebuah filem arahan Pierre Andre yang menceritakan mengenai kisah seorang lelaki yang sanggup melakukan apa saja demi cinta. Kamal (Pekin Ibrahim) yang sebelum ini hanyalah seorang pencuci kereta, kini berubah atas nasihat Ika (Yana Samsudin), gadis yang dicintai Kamal dalam diam. Kerana terlalu sayangkan Ika, Kamal sanggup mengambil risiko dengan meminjam ceti haram untuk membuka sebuah kedai burger tanpa pengetahuan Ika.

Namun, cinta menjadi buta dengan tibanya seorang lelaki penuh gaya dan kaya. Apakah yang akan terjadi selepas ini? Adakah Ika akan terus dengan cinta setianya atau berubah hati?

Filem ini menggandingkan Pekin Ibrahim, Fezrul Khan dan juga Yana Samsudin sebagai teraju utama. Bagi yang sudah tidak sabar, “Cerita Kita” bakal ditayangkan di pawagam pada 7 Mac 2013.

Mari saksikan trailer rasmi “Cerita Kita” selepas ini.

SKIP THIS AD ×