berita

‘Saya Akan Masuk Tanpa Sebarang PPE..’ – Antivaksin Buat Hal Nak Masuk Wad Pesakit Covid-19

April 3rd, 2020 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Sejak kes wabak Covid-19 yang melanda dunia hari ini, pakar-pakar seluruh dunia bertungkus lumus mencari penawar (vaksin) bagi mengubati pesakit yang terkena jangkitan virus ini. Sehingga ke hari ini, vaksin untuk virus Korona masih belum ditemui.

Di Facebook, seorang doktor dikenali ramai mencabar golongan antivaxx untuk sama-sama bertarung memerangi wabak ini. Status ini mendapat perhatian seorang antivaxx yang berani sahut cabaran doktor tersebut kerana tidak berpuas hati di labelkan sebagai seorang pengecut.

Sanggup masuk tanpa PPE

Doktor Imelda Balchin membuat kenyataan dengan memetik golongan antivaxx dan doula seorang pengecut apabila tidak berani datang ke wad COVID-19. Kenyataan itu membuatkan individu yang merupakan seorang antivaxx tidak berpuas hati lalu memuat naik status di Facebook miliknya.

Imelda Balchin block saya pastu cakap belakang. Imelda boleh tolong uruskan wad COVID19 mana yang perlu saya masuk. Selesaikan urusan rasmi membenarkan saya masuk. Takat sembang kat komen FB tu bukan jemputan rasmi. Saya akan masuk tanpa sebarang PPE. Hatta face mask.

I will take one month unpaid leave. Compensate me with one month salary, RM15, 000. I will do any job you want me to do there. Even sit and exchange breathing with patient. I’m waiting.

Menurut individu tersebut, dia sanggup cuti sebulan tanpa gaji namun harus dibayar pampasan sebanyak gajinya sebulan iaitu RM15K. Dia turut mendakwa doktor Imelda block dirinya di Facebook membuatkan dia tidak dapat menbidas kembali. Tambahnya lagi dia sukarela akan masuk ke wad COVID-19 tanpa sebarang alat atau topeng muka.

Lebih berani, apabila individu ini sanggup buat apa sahaja di wad itu termasuk bernafas bersama pesakit. Status itu turut mendapat perhatian ramai netizen yang terhibur dengan individu antivaxx berkenaan. Memang kebal betul!

Sembang bikin bimbang

Dikecam ramai

Sumber : Zaki

 

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×