berita

‘Saya Akan Minta Maaf Kalau Salah, Tapi…’ – Hans Kecewa Mesej Didedahkan Fazura

April 2nd, 2019 | by faris
Isu & Kontroversi

Aktres Fazura dilaporkan menyeru Hans Isaac membuat permohonan maaf atas dakwaan kononnya ‘mengheret’ suaminya Fattah Amin sebagai penyampai trofi atas permintaan peribadi.

Dakwa Fazura, Hans juga turut menghantar mesej meluahkan kecewa atas tindakan Fazura itu. Hans menerusi Mstar meluahkan rasa terkejut kandungan mesej itu didedahkan kepada umum oleh aktres tersebut.

Terkejut mesej diketahui ramai

Menurut Hans, dia akan memohon maaf kepada Fazura sekiranya penampilan pasangan suami isteri itu dibuat bukan atas permintaan peribadi. Malahan dia terkejut apabila mesej tersebut turut diketahui ramai.

Terkejut juga bila dapat tahu mesej yang sepatutnya antara saya dan Fazura boleh diketahui umum. Sedangkan ia adalah mesej peribadi.

Saya akui memang ada meluahkan rasa kecewa tu tapi kalau betul kemunculan Fattah sebagai penyampai anugerah tu tak ada kena mengena, dia boleh jelaskan kepada saya, bukan dengan mengeluarkan kenyataan kepada media.

Saya akan minta maaf kepada dia kalau betul-betul salah, tapi itulah seperti saya katakan sepatutnya ia antara saya dan Fazura bukan untuk pengetahuan umum.

Maya pun terkejut

Ujar aktor ini, mereka tidak dimaklumkan oleh pihak produksi atau penganjur mengenai Fattah sebagai penyampai trofi pada malam anugerah berprestij itu. Maya Karin juga turut terkejut dengan kehadiran Fattah ketika itu.

Bukan saya seorang sahaja yang terkejut tiba-tiba Fattah ada sekali atas pentas untuk jadi penyampai anugerah, tapi Maya pun sama juga.

Sebab kalau nak ikutkan hanya saya, Maya dan Fazura. Setahu saya juga hanya pemenang anugerah sahaja yang boleh menjadi penyampai anugerah.

Sumber: Mstar

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×