berita

‘Saya Akan Move On Tanpa Aliff’ – Bella Astillah Buka Mulut, Akui Akan Berpisah Dengan Aliff Aziz?

May 14th, 2019 | by Shafika
Kini Trending

Hari ini kecoh di media sosial apabila Aliff Aziz sekali lagi didakwa curang dengan gadis TikTok. Selepas berdiam diri dari kontroversi melanda suami, akhirnya Bella Astillah buka mulut.

Menerusi laman Instagram miliknya, dia berterima kasih kepada orang ramai yang prihatin terhadap dirinya. Namun, dia berharap agar orang ramai hentikan menghantar mesej mengenai suaminya atau membuat spekulasi mengenai isu ini.

Bergerak tanpa Aliff

“Assalamualaikum

Terima kasih atas pendapat semua mengenai perkahwinan saya yang bergelut ini. Ini tidak mudah, tetapi saya tahu ada di antara kamu yang mempunyai niat baik untuk menghubungi dan ada yang berniat jahat dengan memanggil saya sebagai orang bodoh terbesar dalam dunia kerana cuba menegakkan perkahwinan saya yang gagal.

Secara mental dan fizikal, akhirnya saya membuat keputusan untuk bergerak sendiri tanpa Aliff. Saya mahu yang terbaik untuk anak saya.”

Beri saya ruang – Bella

“Saya sangat menghargainya jika anda berhenti menghantar dm, dan mesej kepada saya atau terus bercakap mengenai isu ini. Saya minta anda menghormati keputusan saya dan memberikan saya ruang untuk menghadapi waktu-waktu sukar ini. Terima kasih.”

Ramai suruh move on


 

Sufian Suhaimi beri sokongan

Sumber : Bella Astillah

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×