Ustaz Ebit Lew sememangnya terkenal dengan sifat peribadi suka menolong orang yang ditimpa kesusahan atau kesempitan hidup. Semua sedia maklum bahawa semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini berlaku, dia telah banyak menolong dengan memberi sumbangan kepada beberapa buah hospital, pengamal perubatan dan juga anggota unit beruniform.
Terkini, menerusi Facebooknya dia telah menolong satu keluarga daif yang hanya tinggal di sebuah jambatan di Selayang. Oleh kerana tidak sampai hati melihat keluarga tersebut yang mempunyai anak kecil, dia berjaya menyewa sebuah rumah untuk keluarga tersebut. Segala kos sewa rumah tersebut ditanggungnya.
Tidur di jambatan beralaskan kotak
Menurutnya, keluarga tersebut sudah menetap di jambatan berkenaan selama 4 hari akibat desakan hidup. Keadaan menjadi bertambah sebak apabila dia melihat anak kecil itu yang seusia dengan anaknya tidur kesejukan beralaskan kotak. Namun atas bantuan pihak polis, dia telah berjaya membantu keluarga berkenaan dari tidur beralaskan tilam.
Apalah ujian anak kecil ini
Sebelum berjaya mendapatkan rumah untuk keluarga berkenaan, keluarga tersebut menumpang sementara di rumah ustaz. Dia gembira melihat anak kecil itu tidak lagi tidur beralaskan kotak dan tidak lagi digigit nyamuk.
Saya bayar bulan-bulan selagi mampu
Setelah seharian mencari rumah buat keluarga tersbut, akhirnya dia berjaya mendapatkan rumah dengan kos sewa RM500 sebulan. Kos penyewaan akan ditanggungnya selagi dia masih mampu. Keluarga tersbut dapat tinggal secara percuma. Dia turut bercerita di mana seorang hamba Allah ingin memberi tempat tinggal kepada keluarga berkenaan secara percuma, namun AJK kawsan kondo tersebut tidak membenarkan mereka menetap disitu. Hal ini kerana mereka memberi pandangan serong kepada orang miskin dan gelandangan.
Biar dihalau di dunia bukan di akhirat
Bagi ustaz, dia telah biasa dihalau ketika membawa anak-anak jalanan atau gelandangan pergi membeli belah. Tambahnya lagi, biar dirinya dihalau di dunia bukan di akhirat kelak. Dia turut memberitahu bahawa banyak pihak yang sudi membantu keluarga tersebut.
Sumber: Ustaz Ebit Lew