berita

‘Saya Akui Kesilapan. Memang Layak Dikecam’

November 12th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Selepas persembahan Nuha Bahrin menerusi lagu Kekasih Awal Dan Akhir menerima kecaman netizen, seorang lagi rookie Vokal Mania iaitu Aufahanie turut menerima tempias sama. Menerusi nyanyian duet lagu Semua Jadi Satu bersama Indah Ruhaila, Aufahanie dilihat gagal memberikan persembahan terbaik malah nyanyiannya turut kedengaran sedikit sumbang di beberapa bahagian.

Artikel berkaitan: ‘Berasap Telinga Dengar!’ – Selepas Nuha, Seorang Lagi Rookies Vokal Mania Dikecam Netizen

Bukan sahaja dikecam netizen, persembahannya juga dikritik penerbit tersohor Michael Ang di laman Twitter.

Saya akui kesilapan

Sumber foto: YouTube TV9 Malaysia Official

Bagaimanapun, menerusi laporan Media Hiburan, Aufahanie mengakui akan kesilapannya ketika berduet bersama Idol Indah Ruhaila.

Sejujurnya saya mengakui persembahan malam itu tidak menyakinkan, sememangnya layak dikecam. Saya akui kesilapan. Bagaimanapun sejujurnya saya berdepan masalah ‘stage fright’ memandangkan saya tak pernah membuat persembahan nyanyian secara langsung di kaca televisyen.

Persembahan duet

Penyanyi baharu yang berusia 17 tahun itu menjelaskan ketika persembahan duet di mana dia menghadapi masalah teknikal.

Sebelum ini, saya hanya menyertai pertandingan nyanyian dalam skala kecil sahaja. Apapun, saya anggap ini adalah satu pengalaman. Inshaallah, apa yang berlaku saya ambil positif dan akan lebih memperbanyakkan latihan terutamanya dari segi vokal nyanyian selepas ini.

Kalau nak ikutkan ketika latihan, semuanya berjalan dengan lancar dan tiada masalah teknikal. Cuma ketika siaran langsung, saya hadapi masalah teknikal dan seterusnya menganggu.

Kita tak boleh sangka apa yang berlaku, tambah lagi saya kurang arif untuk mengawal keadaan sekiranya berdepan dengan situasi demikian.

Sumber: TV9 Malaysia Official, Media Hiburan

SKIP THIS AD ×