Penyanyi yang terkenal dengan jolokan Ratu Irama Malaysia iaitu Noraniza Idris mengakui dirinya mengalami kemurungan teruk selepas terpalit dengan kontroversi penipuan susulan penganjuran Konsert Malai solo yang sepatutnya diadakan pada Oktober tahun lalu.
Artikel Berkaitan: ‘Duet Dengan Siti Nurhaliza, Irama Malaysia Berada Pada Level Seterusnya’ – Noraniza Idris Akui Lagu Hati Kama Unik & Istimewa
Benci dengan perkataan konsert
@melodiberapi Berat sebenarnya ujian yang dihadapi penyanyi Noraniza Idris menyebabkan trauma dalam diri beliau susulan kontroversi pembatalan konsert dan penipuan tahun lalu. Stay strong Kak Ani ???? apa yang jadi pasti ada hikmah. #meloditv3 #artismalaysia #iramamalaysia #noranizaidris #intanpayung #tv3malaysia ? original sound – Melodi – Melodi tv3
Menerusi temu bual bersama Melodi, Noraniza yang lebih mesra disapa Kak Ani memaklumkan meskipun dirinya merupakan mangsa keadaan, kejadian yang berlaku itu telah menyebabkan pelantun lagu ‘Hati Kama’ itu mendapat kecaman yang sangat teruk sehinggakan nama baik keluarganya turut tercemar.
Menurutnya, kejadian itu juga telah menyebabkan dirinya tertekan sehinggakan benci untuk mendengar perkataan ‘konsert’.
Impak (kejadian) itu sangat negatif kepada diri saya sehinggakan saya mengalami kemurungan, hilang keyakinan diri dan rasa bersalah sangat selepas saya dijadikan mangsa di dalam industri hiburan tanah air.
Saya melakukan cara yang betul tetapi dimanipulasi oleh orang yang tidak bertanggungjawab sehinggakan keluarga saya menerima kata-kata yang tidak baik dan dalam masa yang sama mencalarkan maruah keluarga.
Perkara itu menimbulkan impak yang sangat kuat sehinggakan saya benci untuk mendengar perkataan ‘konsert’ atau apa-apa yang melibatkan aktiviti kemanusiaan.
Tambah penyanyi berusia 55 tahun itu, dia berasa sangat kesal apabila diperlakukan sebegitu rupa sehinggakan pernah terdetik untuk tidak lagi terlibat dengan dunia hiburan.
Betapa susahnya saya nak naikkan martabat lagu bertemakan irama Malaysia ini tetapi dengan senangnya orang memanipulasi yang pada akhirnya menampakkan seperti saya yang menipu dan bersalah.
Ia buatkan saya kesal dan putus asa sehinggakan ada satu ketika saya rasa nak tutup buku yang berkaitan dengan industri hiburan.
Selama tujuh bulan saya tidak berjumpa dan bergaul dengan orang ramai dan menangis mengenangkan kejadian itu.
Ketika ditanya mengenai sumber kekuatan, Kak Ani sangat bersyukur kerana mempunyai suami yang banyak membimbingnya untuk menjadi terus tabah menghadapi ujian yang dihadapinya itu.
Waktu itu, kawan-kawan mahupun kenalan lain tak ada pun dengan saya waktu itu.
Tetapi, kekuatan itu datang daripada bimbingan suami saya sendiri. Dia tidak pernah hilang dan tinggalkan saya di saat saya tidak mempunyai siapa-siapa.
Disebabkan itulah saya menjadi kuat untuk terus melakukan apa yang saya ingin lakukan.
Terdahulu, Kak Ani mengambil keputusan untuk menunda Konsert Malai Solo yang dijadualkan bakal berlangsung di Istana Budaya pada 21 hingga 23 Oktober 2022 lalu.
Menurut Kak Ani ketika itu, dia tidak menolak penangguhan konsert tersebut berlaku selepas kontroversi penglibatannya bersama skim rumah murah yang didakwa mempunyai unsur penipuan.
Disebabkan kontroversi itulah semua perancangan berkaitan dengan terjejas sehinggakan nama baik serta kredibilitinya sebagai seorang penyanyi tercabar.
Sumber: TikTok