berita

‘Saya Anggap Dia Sebagai Abang’ – Fizo Omar Call Ayah Hawa Rizwana, Mohon Maaf Komen Di Insta

August 5th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Baru-baru ini, viral di media sosial apabila pelakon Fizo Omar, meninggalkan komen pujian terhadap penyampai berita Buletin Utama TV3, Hawa Rizwana ketika mengendalikan sebuah acara. Ternyata pujian yang ditinggalkan Fizo itu mencuri tumpuan netizen lalu dijadikan bahan bualan.

Menerusi laporan Berita Harian, Hawa memberitahu bahawa pelakon tersebut meminta maaf kepada ayahnya, susulan komen yang dibuatnya menerusi Instagram baru-baru ini.

Faham dunia hiburan

Menurut ayah Hawa, Profesor Datuk Dr Ahmad Redzuan Abd Rahman, Fizo Omar menghubunginya menerusi panggilan telefon untuk meminta maaf.

Tiada apa yang perlu dirisaukan kerana ayah faham dunia hiburan tidak dapat lari daripada usikan atau gosip. Saya sendiri sudah lupa perkara remeh itu. Tetapi, Fizo yang saya anggap sebagai abang ikhlas memohon maaf. Ayah berkata, Fizo serba salah apabila nama saya dan keluarga diperkatakan ramai, gara-gara komen yang ditulisnya. Sebagai individu yang pernah merasai asam garam dunia penyiaran, ayah tidak marah atau terkesan dengan usikan sebegitu.

Ekoran komen yang ditinggalkan Fizo, netizen meninggalkan komen nakal di Instagram Hawa, malah turut mendakwa pelakon yang baru menjadi duda itu cuba untuk memikatnya. Menurut Hawa, mereka memang sudah mengenali antara satu sama lain, namun hanya sebagai abang dan adik, memandangkan Fizo ialah kenalan bapanya.

Fizo pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Mawar Karim pada November 2013, tetapi berpisah pada 10 Julai lalu. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×