Isu curang bukanlah perkara baru yang didengar, malah isu ini seolah-olah menjadi perkara biasa buat mereka yang pentingkan diri memikirkan nafsu sahaja. Di Facebook, seorang wanita berkongsi perasaan kecewanya apabila ditikam kawan baiknya sendiri yang dianggap seperti keluarga.
Lebih memilukan apabila suami dan kawan baiknya itu sudah bernikah secara senyap-senyap di Thailand. Geram betul!
Saya anggap seperti adik kandung sendiri
(sekadar gambar hiasan)
Maaf kalau posting ini menganggu, hanya untuk kesedaran kaum wanita dan pesanan agar korg berjaga-jaga dengan org sekelilingi. Kebahagiaan saya harini musnah kerana terlampau percayakan org yg sangat rapat dgn saya. Setiap kali menemani suami ke class marketing di KL, saya kesian melihat dia keseorangan dan tak ada kawan.
Saya cuba untuk mendekati dia dan berkawan dengannya. Atas alasan simpati itu juga lah, dia mengambil kesempatan terhadap kebaikan saya. Bayangkanlah seorang isteri tidak pernah ada rasa syak wasangka langsung yang mereka akan menjalinkan hubungan cinta diam-diam dibelakang saya. Kerana saya melayan baik, menyokong dan menganggap dia seperti adik kandung saya sendiri, perempuan yg saya panggil nama ****
Curang ketika dia mengandung dan berpantang
(sekadar gambar hiasan)
Malahan saya menyayangi dia dengan ikhlas, tak pernah sedetik melihat kekurangannya, sentiasa mendengar rintihannya tapi tanpa saya sedar, dibelakang saya dia bercinta dengan suami saya. Allahuakbar! Saya salahkan kedua duanya. Tergamak mereka semasa saya mengandung, melahirkan dan ketika sedang berpantang, mereka berhubungan dibelakang saya tetapi dalam masa yg sama perempuan yang saya anggap adik berpura- pura baik didepan saya.
Ya Allah beratnya dugaan saya kali ini. Sungguh tergamak mereka. Sedangkan dia tahu saya punya keluarga yang bahagia dengan 3 cahaya mata, tapi dengan sekelip mata hancur berderai gara-gara ditikam sahabat baik dari belakang seperti ini. Jika mengenangkan kembali kebaikan yang saya lakukan untuk mereka, sejujurnya hati saya hancur dan kecewa dilakukan sebegini rupa. Saya tidak dapat nak membalas segala perbuatan mereka kerana saya percaya Allah itu Maha Adil.
Sentiasa bertiga kemana sahaja
(sekadar gambar hiasan)
Kepada kawan-kawan diluar sana, beringatlah supaya nasib anda semua tak jadi seperti saya. Jangan pernah percaya kepada seseorang walau baik mana pun penampilan mereka. Saya sudah merasakan sampaikan saya terduduk, terkesima dan merasakan dunia seakan berhenti berputar. Tapi saya harus bangun dan kuat demi 3 cinta hati saya. Untuk kamu yang telah melukakan hati, terima kasih.
Abang..Terima kasih banyak-banyak atas rasa cinta yang kita bina selama hampir 11 tahun ni.Susah senang yang kita lalui bersama ketika dulu, kini hancur. Abang berjaya sekarang, dan abang memilih kebahagiaan bersama dia. Sedangkan sayang tiada apa-apa yang nak dibanggakan. Saya percaya perjalanan yang Allah aturkan itu sentiasa terbaik, saya redha jika hari ini saya diuji dgn ujian yg besar, saya yakin pasti ada sinar bahagia menanti esok hari. I wish nothing but the best for you, saya mengundur diri. Assalamualaikum.
Sumber : Hanna