Susulan pelancaran produk terbaharu usahawan Khairul Aming iaitu Rendang Nyet Berapi, ramai pelanggan telah memberikan maklum balas terhadap rasa dan kualiti produk tersebut.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Khairul Aming Terpaksa Buang Ribuan Kilo Ayam, Dedah Kos R&D Hampir RM1 Juta – ‘Saya Betul-Betul Cerewet’

Artikel Berkaitan: Khairul Aming Lancar Produk Baru di TikTok, 5 Pembeli Bertuah Berpeluang Ke New Zealand!

Rating 6/10

Terbaharu, seorang pelanggan menerusi akaun Threads berkongsi pengalamannya selepas menerima pesanan rendang daripada Khairul Aming. 

Menurutnya, rendang tersebut sedap dan cukup rasa, namun terdapat beberapa isu pada bungkusan dan kuantiti isi ayam.

Aku bagi rate 6/10, mana lagi 4? Untuk rasa rendang tu tak dinafikan memang sedap, tak kedekut bahan, cukup rasa lah orang cakap. Yang tak syok packaging yang aku dapat 1st leaking (ada minyak keluar tak tau dari mana).

Selain mengalami masalah kebocoran minyak, pelanggan ini juga mendakwa kuantiti ayam dalam bungkusan rendang tersebut agak sedikit.

Yang kedua kita nya beli satu paket je wak, isi ayamnya mana, setelah dikacau kacau adalah jumpa dalam 3 ke 4 ketul isi ayam yang kecil-kecil tu. Aku dapat ni lebih kepada kuah rendang je.

Respon KA

Susulan daripada itu, Khairul Aming mengucapkan terima kasih atas ulasan jujur tersebut serta memohon maaf atas kekurangan yang berlaku. Selain itu, dia juga memaklumkan akan membuat penggantian pembelian.

Untuk parcel yang leaking memang kami akan ganti balik 100% sebab customers tak patut dapat yang leaking. 

Untuk isi ayam, KA akan check balik batch number untuk kita cari punca masalah kat bahagian retort filling.

Maaf atas kekurangan ni. Boleh dm KA nama, alamat, no phone dan order ID. Untuk parcel yang leaking memang kami akan ganti balik 100% sebab pelanggan tak patut dapat yang leaking. 

Untuk isi ayam KA akan check balik batch number (mengikut tracking number nanti) untuk kita cari punca masalah kat bahagian retort filling. Terima kasih.

Respon positif tersebut mendapat pujian warganet yang kagum dengan sikap terbuka usahawan ini dalam menerima teguran dan komitmennya dalam menjaga kualiti produknya dan kepuasan pelanggan.

Sumber: Threads