Baru-baru ini, usahawan, Noor Neelofa, sempat menyakat Sufian mengenai ‘teman istimewa’ ketika penyanyi itu menjalani sebuah penggambaran bersamanya.
Artikel berkaitan: ‘Bermula Dengan Huruf…’ – Neelofa Pecah Rahsia Siapa Kekasih Sufian Suhaimi
Berikutan daripada itu, pelantun suara ‘Di Matamu’ ini tampil menjawab segala desas desus mengenai statusnya pada masa ini.
Lofa main-main saja
Menurut Sufian, dia masih lagi solo. Tambahnya, Neelofa hanya main-main sahaja pada waktu itu.
Tak ada pun sebenarnya. Ketika itu kami sedang dalam penggambaran, lepas tu saya bagi tahu mengenai ‘crush’. Kemudian Lofa mengusik. Hakikat sebenar saya memang tidak ada sesiapa pun lagi. Masih lagi membujang dan mencari.
Ditanya sejauh mana kebenaran dia bercinta dengan seorang selebriti wanita seperti dakwaan peminat, Sufian menafikan perkara tersebut.
Yang kata dengan selebriti pun tak betul. Tidak. Itu hanya gurauan semata-mata. Tiada selebriti atau orang biasa pun buat masa ini.
Sumber: Harian Metro