berita

‘Dia Hadiah Saya Daripada Allah’ – Emma Bersyukur Doa Di Mekah Makbul

March 8th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Pengenalan singkat antara pelakon Emma Maembong dan juruterbang iaitu Shazli Azhar berakhir di jinjang pelamin. Pasangan ini telah sah bergelar suami isteri pada 20 Februari 2020 lalu di Bukit Damansara.

Banyak perkara yang perlu dipelajari selepas menjadi suami isteri. Begitu juga dengan Emma yang perlu banyak belajar setelah bertukar status sebagai isteri.

Dia hadiah untuk saya dari Allah

Bagi Emma Maembong sendiri tidak menyangkakan yang dirinya sudah sah menjadi isteri kepada seorang juruterbang. Malah, pengenalan mereka juga dikatakan sangat lancar sehingga mendirikan rumah tangga bersama.

Emma bersyukur dikurniakan seorang suami yang begitu memahami dirinya dan kerjaya sebagai seorang selebriti.

Saya terkejut lagi, saya pun tak sangka yang saya ada suami, jadi isteri. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Dia seorang yang memahami. Antara ramai kenal, dia lain dari yang lain.

Saya berdoa dulu di Mekah, Allah jodohkan saya dengan dia. Dia hadiah untuk saya daripada Allah.

Saya tengah belajar memasak lagi, semua orang tahu saya tak pandai masak. Jadi, saya cuba jadi yang terbaik buat suami saya. Inshaallah, saya akan cuba.

Dia dah mula memasak

Banyak perubahan yang dihadapi pasangan mempelai ini selepas berkahwin. Sudah tentu pelbagai perkara lagi perlu dipelajari bersama. Shazli turut merasai keindahan alam perkahwinan di usia muda termasuk memiliki seorang isteri yang punyai minat untuk belajar memasak.

Banyak perbezaan dari sudut positif, dari kurang memasak dia dah mula belajar memasak. Memang sedap. Pengalaman saya pertama kali kahwin, ada isteri kemudian isteri pula masak. Feel itu lain, saya sarankan anak muda kahwin cepat.

Temubual penuh

Kami di OHBULAN! mengucapkan tahniah buat pasangan sama cantik sama padan ini telah mengadakan majlis persandingan di Bora Ombak Putrajaya.

SKIP THIS AD ×