
Penyanyi, Iskandar Ismail mendedikasikan kejuaraannya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) kepada arwah bapanya yang juga seniman Singapura, R Ismail.
Artikel Berkaitan: Iskandar Ismail Juara GV12, Bawa Pulang RM100,000 – ‘Kalau Arwah Ayah Ada Mesti Dia Gembira’
Artikel Berkaitan: Nubhan Tak Ambil Hati Netizen Ejek ‘Padan Muka Nombor Tiga’ – ‘Saya Akui Kurang Memberi Dalam Persembahan’
‘Pasti dia cium saya’

Iskandar, 47, berkata, kemenangan tersebut merupakan hadiah istimewa buat arwah bapanya yang sentiasa menyokong dan membimbingnya sejak awal pembabitan dalam dunia nyanyian.
Kalau arwah ayah masih ada, saya pasti dia berasa bangga. Pasti akan peluk dan cium saya berkali-kali. Kemenangan ini adalah hadiah untuk arwah.
Banyak kenangan saya dengan arwah. Saya masuk pertandingan nyanyian di Singapura pun atas sokongan dia. Ketika arwah masih ada, banyak ilmu dan tips yang dikongsikan. Dia tahu apa kelebihan saya.
Iskandar berkata demikian ketika ditemui pada sidang media konsert akhir GV12 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), pada Ahad.
Mengimbas kenangan lama bersama arwah, Iskandar berkata bapanya pernah melatihnya secara intensif ketika menyertai pertandingan nyanyian sekitar tahun 2001.
Saya ingat lagi pada 2001, arwah suruh saya masuk satu pertandingan di Singapura yang menyaksikan artis berlawan dengan artis.
Arwah setiap hari datang rumah saya untuk mengajar. Sampai hilang suara saya, mak masak air belimbing satu periuk panas-panas untuk pulihkan suara.
Selain itu, Iskandar turut menyatakan hasrat untuk berkongsi rezeki apabila bercadang menderma sebahagian wang kemenangan berjumlah RM100,000 kepada mereka yang memerlukan.
Saya berhajat untuk memberikan sebahagian wang kemenangan RM100,000 ini kepada mereka yang memerlukan. Saya berhajat mahu dermakan kepada rumah kebajikan.
Dalam masa sama, Iskandar mengakui langsung tidak menyangka akan bergelar juara, kerana pada awalnya dia teragak-agak untuk menyertai GV12.
Saya benar-benar tidak menyangka bergelar juara. Bila imbas kembali, sebenarnya saya tidak mahu pun menyertai GV12 ini. Tetapi isteri saya akhirnya membenarkan selepas mendapat restunya.
Isteri menjadi tulang belakang sepanjang dalam GV12. Dia sentiasa berdoa saya dapat buat yang terbaik setiap minggu.








![[VIDEO] Khairul Aming Jaga Keberkatan Perniagaan – ‘Jangan Guna Kejatuhan Orang Lain Untuk Naikkan Sales Kita’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/khairul-aming.jpg)