Berita kematian salah seorang anggota kumpulan SHINee iaitu Kim Jong Hyun telah mengejutkan ramai orang, bukan sahaja peminat dan rakan artis di Korea malah peminat di Malaysia. Apa yang dikesalkan ialah, kematian Jong Hyun adalah disebabkan oleh masalah kemurungan yang dihadapinya selama ini.
Pelakon Nazim Othman di instagramnya mendedahkan suatu ketika dahulu dia juga pernah mengalami masalah depresi. Dia mengakui kebanyakan orang yang mempunyai penyakit ini akan berfikir untuk bunuh diri.
Sad truth
#sadtruth
Saya berjaya harungi, bukan hukuman mati
Aku masih ingat kenangan keluar masuk bilik kaunseling sekolah antara umur 13 – 15. I was too young to fight depression on my own. Things happened. But I can’t afford to share in details. The point is, I was once there, battling with depression which tried so hard to convince my younger self to believe of how helpless , how worthless my life was. It’s sad and I admit, most people who fight depression will, at some point think of ending their lives. Nevertheless , I’m thankful because I won over it. I survived depression. It’s not a death sentence. If U feel too weak emotionally and spiritually, seek help from the right people. There are many helplines out there , for instance.. U could seek help from Befrienders Malaysia. Contact No = 03 79568145. 24 hours everyday. It’s free and confidential. Reach out before it’s too late. #iwonoverdepression
Menurut Nazim Othman, beliau merupakan salah seorang pesakit depresi seawal 13 tahun. Dia mengakui, berdepan dengan masalah depresi bukan mudah. Pada masa itu dia sedaya upaya mempercayai yang dirinya ‘helpless’ dan tidak bernilai. Sangat menyedihkan dan dia akui kebanyakan orang yang mempunyai masalah ini pada satu ketika akan berfikir untuk bunuh diri. Dia bersyukur kerana dia berjaya harungi dan ianya bukan hukuman mati.
Nasihat Nazim, jika anda mempunyai masalah ini minta pertolongan dari orang yang betul. Cuba hubungi badan-badan yang boleh membantu. Tolong hubungi mereka sebelum ianya terlambat.
sumber: Nazim Othman