
Pengacara dan penceramah motivasi, Amin Idris menitipkan pesanan kepada seluruh umat Islam supaya mengambil peluang pada bulan Ramadan untuk menunaikan solat sunat terawih.
ArtikArtikel Berkaitan: ‘Janganlah Terus Hukum Lapan Rakaat Bukan Tarawih’ – Amin Idris
‘Terawih di rumah’

Menerusi hantaran di Threads, Amin berkata dia cuba bersangka baik dengan segelintir muslimin dan muslimat yang dilihat keluar melakukan pelbagai aktiviti selepas waktu Isyak berbanding menunaikan solat sunat tersebut.
Saya bersangka baik dengan mereka yang sibuk lari malam-malam selepas Isyak, ada yang pergi shopping, lepak mamak dan sebagainya.
Mungkin mereka terawih sendiri di rumah atau di mana-mana. Moga kita semua ambil peluang Ramadan ini jangan tinggal terawih.
Menurut Amin, Ramadan merupakan bulan yang penuh keberkatan dan peluang untuk menambah amal ibadah, justeru umat Islam seharusnya memanfaatkannya sebaik mungkin.
Dalam hantaran sama, Amin memberitahu, solat sunat terawih tidak sukar untuk dilakukan dan boleh dilaksanakan secara ringkas mengikut kemampuan masing-masing.
Buat dua rakaat, rehat sekejap kemudian sambung, rehat dan sambung sampai lapan rakaat. Sempurnakan dengan witir walau satu rakaat. Ramadan setahun sekali saja. Takut ini pula Ramadan kita yang terakhir.
Perkongsian Amin mendapat perhatian warganet yang bersetuju bahawa solat terawih merupakan antara amalan yang wajar diutamakan sepanjang bulan Ramadan, sama ada dilakukan di masjid mahupun secara bersendirian di rumah.
Sumber: Threads







![[VIDEO] Keluarga Persoal Kematian Winda Lorenza, Dakwa Ada Kesan Jahitan & Lebam Pada Jenazah](https://asset.ohbulan.com/2026/08/winda-lorenza.jpg)
